LANGKAH SERIBU BILA JUMPA ORANG CEREWET

LANGKAH SERIBU BILA JUMPA ORANG CEREWET | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Baik-baik tak pening boleh jadi pening sampai tahap nak muntah. Pernah tak jumpa atau bekerjasama dengan orang cerewet. Serius sakit kepala dan sakit hati hujungnya. Baik muka manis jadi masam. Baik hati tenang otak jadi serabut tau.

Orang cerewet ni lain macam. Dia nak kita ikut cara dia. Citarasa dia. Bila dia suruh kita buat kerja atau buat sesuatu dia punya komen boleh buat orang rasa nak hantuk kepala kat dinding. Pengalaman PC. PC dah pernah bekerjasama dengan orang yang jenis cerewet. Lelaki ada perempuan pun ada. Aduh. Perfeksionis lain. Cerewet lain. Cerewet ni lagi parah dan membebankan orang lain. 

Cerewet : ada sahaja yang tidak kena dan tidak memuaskan hatinya;  suka berleter atau bersunggut [RUJUKAN].

Langkah seribu bila jumpa orang cerewet. Betul, bukan PC je, kawan-kawan yang masa tu sama-sama kerja pun rasa tertekan oi. Perkara kecil jadi besar. Hal sedikit jadi melebar. Ko jangan harapkan tolak ansur dengan orang cerewet. Itu macam mimpi jelah. Sebenarnya kalau mahukan kualiti dan yang terbaik tidak semestinya juga perlu cerewet. 

Cerewet ni sifat ya. PC pun tak pasti. Atau boleh berubah sebenarnya perangai cerewet ni. Kalau boleh berubah. Siapa rasa diri dia tu cerewet, silalah berubah tak kisahlah guna kaedah macam mana pun.

Sebab.

Dalam senyap-senyap orang benci kita. Orang mengata. Itu belum orang rancang dan terus boikot kita. Tak ke rugi tu. Macam mana nak minta maaf dengan orang lain dah kalau rasa betul je. Ha. Bila itu tak kena, ini tak kena takut ko yang kena nanti. Ada orang cerewet dia bertempat dan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja ikut keperluan. Ada orang cerewetnya sepanjang masa. Nak tolong salah tak tolong salah sebab tahap penialain biasa-biasa dengan orang cerewet tak sama.

Tidak semua orang boleh tahan dengan sikap kita. Kalau boleh tahan pun belum tentu sepenuh hati kerana robot pun walau tidak ada perasaan tetap boleh panas dan meletop bila digunakan berlebihan. Apatah lagi sesama manusia. Kalau mencari kesempurnaan, yang boleh tercapai sekadar mampunya manusialah kerana sempurna yang hakiki itu milik Tuhan.

Apa salahnya berlebih kurang. Berlebih kurang tidak bererti mengurangkan kualiti atau kuantiti pun. Sikap cerewet membentuk satu aura yang negatif dan membebani banyak pihak lain. Jomlah kita semak diri. Bila orang lain berasa senang dan selesa bekerjasama dengan kita itu satu rezeki dan nikmat.

Tinta Perdu Cinta ❤ 
LANGKAH SERIBU BILA JUMPA ORANG CEREWET 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Asalam baru Etuza ada peluang online ya, Alfatihah kita hadiahkan kepada arwah blogger Puan kamsiah Yusof..baru dapat tahu..

    BalasPadam
  2. Tak apa, banyakkan diam kala jumpa..doakan dia yang baik2..andai dia tahu..pasti kuranglah cerewetnya kan..

    BalasPadam
  3. Ada orang yang cerewet kerana hendakkan kesempurnaan atau hasilan yang terbaik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama