BILA BERSEMBANG

BILA BERSEMBANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Jaga hubungan dengan Allah swt. Jaga hubungan dengan sesama manusia. Jaga hubungan dengan alam. Jaga hubungan dengan Allah swt sudah tentu lakukan apa yang disusuh dan patuh juga dengan apa yang ditegah. Jaga hubungan dengan sesama manusia biasalah tertumpu pada jaga silaturahim jauh dan dekat. Manakala jaga hubungan dengan alam sebolehnya janganlah dengan mudah musnahkan alam. Tumbuhan, haiwan disayangi.

Setiap kali berdoa itulah sembang kita dengan Tuhan. Kalau tak berdoa pun kadan ada lintasan dalam hati itu juga kita bukan cuma tengah bercakap dengan diri sendiri tapi bersembang dengan Tuhan juga. Jadi ketika mahu berbicara dalam hati pun mesti berhati-hati. Apatah lagi keti bersembang dengan sesama kita. Sesama manusia. Kalau sembang dengan tumbuhan, haiwan macam sepintas lalu. Tidak ketika kita bersembang dengan sesama kita. 

Bila bersembang. Kena berhati-hati. Kalau dapat lawan sembang yang sama naik perangainya dengan kita ok. Tak jadi masalah. Santai tapi tetap juga jaga adab. Tak boleh jugalah sampai merepek yang bukan-bukan. Tetap mesti menghormati dan menghargaikan. Manusia ada perasaankan. Tapi akan menjadi masalah bila kita bersembang dengan lawan sembang yang tidak sehaluannya keras dan paling nyata. Tak sekepala. Aduh. Boleh bingung oii. Lagi kalau ko cakap ibaratnya tujuh perenggan sekali dia balah dua tiga patah perkataan je. Ya Allah. 

Lebih parah kalau mudah sentap. Mudah simpan dalam hati dan semua benda dianggap serius. Mati laaaa kutu oii. Sebab itulah bila bersembang sangat kena jaga kata-kata dan tingkah laku ya. Penerimaan orang tak sama. Pada kita yang bercakap gurau tapi orang yang mendengar jadi panas hati. Pada kita macam tak elok tapi orang yang diajak bersembang tak ada kesan apa pun. Nampak tak.

BILA BERSEMBANG
Toleh kanan kiri. Kaji persekitaran ketika mahu bersembang. Kena tengok ada tak kanak-kanak. Isu apa yang boleh diterima semua orang. Sebab kata bersembangkan. Tak boleh ikut selesa sendiri. Isu sensitif kalau boleh elakkan. Bagi PC paling penting tengok dengan siapa kita bersembang dan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi kalau ada ramai kanak-kanak atau anak kecil. Memang kita susah nak kawal mulut. Kadang tu spontan je keluar daripada mulut bila bercakap.

Bila bersembang boleh tambah kenalan. Eratkan silaturahim. Memupuk kemesraan. Tapi jangan lupa bermula daripada bersembang itu juga boleh mengubah banyak hal. Lagi kalau dalam geng sembang ada yang suka sampai menyampai. Fuh. Bersedia jelah. Semoga kita sentiasa dihampiri dan menghampiri kawan-kawan yang sentiasa tulus hatinya bila bersembang. Jujur.

Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Bersembang

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Betul. Perasan jugak bila tengok seseorang tu bersembang, dari elok sampai boleh gaduh.

    BalasPadam
  2. bersembang yg baik2 aje laa...
    kadang terlebih cakap pun bahaya gak kan

    BalasPadam
  3. Hati-hati bila berbicara. Lagi-lagi dengan orang yang kita tak biasa. Kerana mulut nanti badan binasa

    BalasPadam
  4. Sembang2 kadang2 sampai membawang2

    BalasPadam
  5. Kadang sebab bercakap boleh jadi gaduh besar

    BalasPadam
  6. BERSEMBANG PERKARA BENAR N BERMANFAAT

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama