Petunjuk Dan Kasih Sayang

PETUNJUK DAN KASIH SAYANGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Tidak tahu cari tahu. Ada macam-macam cara kita nak tahu akan sesuatu hal. Buat kajian, belajar, rujuk sumber terpercaya, tanya orang yang lebih arif dan sebagainya. Ada pepatah ''malu bertanya sesat jalan''. Tapi kena pastikan juga dengan siap kita nak bertanya. Sama ada membawa kita ke tujuan yang lebih baik atau sebaliknya. Kena pastikan juga. Ada orang mahu tunjukkan jalan yang benar dan ada orang sebaliknya. Maka berhati-hatilah selalu.

Petunjuk Dan Kasih Sayang

PC manusia biasa yang selalu melakukan khilaf. Baik sengaja atau sebaliknya. Sama ada khilaf yang besar dan serius atau khilaf yang kecil dan ringan sahaja. Khilaf tetap khilaf. Dan dosa tetap sahaja dosa. Yang tercatat. Sama ada ianya terpadam setelah PC taubat nasuha itu menjadi rahsia Allah swt dan para malaikat yang mencatat dan menjadi saksi. 

Allah sentiasa sayang kita semua. Kita buat dosa, kita abaikan suruhanNYA dan lakukan laranganNYA tetap sahaja DIA limpahkan kita dengan bermacam nikmat yang tidak terhitung. Allahu. Sebenarnya kita yang selalu menzalimi diri sendirikan. kadang PC khasnya tidak ada rasa malu dengan Allah swt. Ya Allah. Apalah.

Segagah apa pun tubuh kita. Setinggi mana pun kedudukan kita, sepintar dan sebijak apa pun kita, kita tetap sahaja memerlukan petunjuk daripadaNYA untuk menjadi  hambaNYA yang lebih baik setiap hari selagi hidup. Petunjuk dan kasih sayang Allah swt itu sangat berharga untuk kita hargai. Kita bukan sesiapa tanpa petunjuk dan kasih sayangNYA.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Petunjuk Dan Kasih Sayang









4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Demi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Terima kasih atas tazkirah ini...

    BalasPadam
  2. kita semua melakukan khilaf.... Salam Jumaat PC

    BalasPadam
  3. Kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari membuat khilaf. Allah maha berkuasa atas segalanya. Maha pemurah lagi maha mengasihani.

    BalasPadam
  4. Semoga Allah kayakan kita dengan teman di syurga dan kayakan dengan taqwa dan keimanan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama