NIAT YANG BAIK SELALU ADA JALANNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Semua orang ada sisi baiknya walau tipis dan sedikit sangat-sangat. Sejahat apa pun orang itu tentu dia pernah menjadi baik. Pernah bersih daripada segala hal yang kotor dan tidak baik. Ya, pernah. Kenapa? Bukankah setiap anak cucu Adam a.s yang lahir ke dunia bersih sifatnya. Suci segenapnya. Harum jasadnya. Mulia hatinya. Tidak kiralah apa pun agama, bangsa dan keturunannya. Tak gitu. Tak ada lahir-lahir keluar daripada rahim ibunya terus jadi tidak baik. Tak ada.
Jadi.
Dalam diri setiap hambaNYA ada sisi baiknya. Sungguh. Sama ada dia nak tunjuk atau tidak mahu menunjukkannya sahaja kepada orang lain. Sebab ada orang dia tak suka nak tunjuk kebaikkan yang ada pada dirinya. Buat kebaikkan pun sembunyi-sembunyi. Biar orang tahu dia tak baik. Lain pula dengan spesis orang yang tak baik tapi pandai tutup sikapnya itu dengan berpura-pura baik. Aduh. Mesti penat. Lama-lama terbongkar jugakan. Nah. Bahaya tau tak macam tu.
Kenapa nak buat perkara tak baik senang je. Nak buat perkara baik susah. Tak jugalah. Sebenarnya, kalau kita ada niat yang baik akan selalu ada laluannya. Allah swt sentiasa beri bantuan kepada kita kalau tidak secara terus, akan ada perantara-perantaranya yang memudahkan niat baik kita itu terlaksana. Cuma mungkin kita sahaja yang tidak perasan.
Semua suka kebaikkan. Alam pun menyokong kebaikkan. Daripada situ terbit banyak aura-aura positif. Allah swt Maha baik jadi tidak mustahil hal baik itu sukar. Mulakan dengan niat. Usahakan jadikan niat baik itu kenyataan. Ditambah pada hari Jumaat kan. Berganda-ganda ganjaran niat kebaikkan yang mahu dilakukan. Untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga.
Kalau ada rasa cemburu dengan kebaikkan yang dilkukan oleh orang lain. Bagus. Bererti jiwa dan iman masih hidup dan ada dalam diri kita. Contohi. Kita pun semai niat yang baik untuk dilakukan. Jangan bila tengok orang buat baik, ada juga niat, tapi niat nak dengki. Itu salah dan menzalimi. Rugikan diri kita sendiri dan rugikan orang lain juga hujungnya. Jangan tau.
Kesimpulannya, niat tidak cukup sekadar niat. Tunjukkan usaha. Jangan bimbang niat yang baik selalu ada laluannya. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Tinta Perdu Cinta ❤
NIAT YANG BAIK SELALU ADA LALUANNYA
Tags:
Santai
Mana yang baik kita contohi. Niat yang baik pasti Allah permudahkan.
BalasPadamNiat yang baik,buat yang baik, moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua..
BalasPadamSetuju..
PadamBermula dari niat maka terjadilah amalan. Paksa diri biasakan niat yg baik² sehingga perkara baik itu tak sedar sedang kita amalkan - wallahua'lam
BalasPadamItu bukti Allah maha tahu sedalam mana rahsia kita, kustru usah sekali membenci..dengan sesiapapun ..InshaAllah
BalasPadamsegalanya bermula dengan niat kan PC
BalasPadam