Kasih Cinta

KASIH CINTA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Buah cermai rasanya masam
Walau masam ada gunanya
Hal serong jangan terus dikecam
Selidik dahulu apa asbabnya

Selidik dahulu apa asbabnya
Tahu punca cari solusinya
Tidak susah mendapatkan kebaikannya
Cuma berbalik pada hati sahaja

Cuma berbalik pada hati sahaja
Haluan mana yang mahu dipilih
Hidup ini kadang cukup sederhana
Tidak keterlaluan berlebih-lebih

Tidak keterlaluan berlebih-lebih
Jika mampu pun jangan membazir
Rezeki terbuang tentunya sedih
Malaikat menghindar tidak suka hadir

Malaikat menghindar tidak suka hadir
Suramlah hidup di dunia yang fana
Duduk termenung dijendera tidak bertabir
Menanti rahmat entah ke mana menghilangnya

Menanti rahmat entah ke mana menghilangnya
Rahmat daripada Tuhan besar pengertiannya
Tanda kasih cinta Tuhann kepada hamba-hambaNYA
Berusahalah kita taat perintahNYA

S e k i a n
Tinta Perdu Cinta ❤
Kasih Cinta

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Setiap kebuntuan ada jalannya. Setiap keburukan pasti ada kebaikannya. Setiap hamba ada rahmatNya. MasyaAllah.. begitu sayangnya DIA terhadap hamba-hambaNya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama