SEDERHANA TIDAK MENGHILANGKAN DAN MEMATIKAN

SEDERHANA TIDAK MENGHILANGKAN DAN MEMATIKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Berlebihan kadang mengundang rasa tidak selesa dan boleh buat orang kurang suka. Memang betul la hak kita tapi kita hidup tidak bersendirian kalau hingga menganggu selesa dan kenyamanan orang sekitar kita pun pening lalat juga. Tak pasal-pasal dalam diam ada musuh berpunca daripada tindakan kita yang berlebih-lebihan. Tapi kalau memang kita tidak berlebihan. Tidak keterlaluan, orang tak suka, ha dia yang bermasalah. Biarkan dia. Doakan je.

Pilihlah tengah-tengah. Sederhana. Lebih-lebih sangat tidak. Kurang sangat tidak. Dalam hidup pun yang ada kecukupan. Kalau kita ada lebih itu sebenarnya kecukupan untuk kita. Kalau kita rasa kurang itu juga tetap kecukupan untuk kita. Syukurlah. Kalau tak pupuk rasa syukur nanti fikiran ke mana-mana. Hati bersangka-sangka.

SEDERHANA TIDAK MENGHILANGKAN DAN MEMATIKAN

Sederhana tidak menghilangkan dan mematikan. Malahan berlebih-lebihan atau terlebih itu yang adakala menghilang dan mematikan. Menghilangkan dan mematikan nikmat. Baik itu nikmat rasa  atau sebarang kelebihan yang ada dan sepatutnya ada untuk kita rasai.

Contoh mudah. Masakan. Kadang bahan nak masak tak cukup pun. Kan biasa kita dengar dan buat juga. Menu bodo-bodo je. Tapi itulah yang boleh membuka selera. Semangat nak makan berganda-ganda. Bodo-bodo itu sebenarnya sederhana sahaja. Masak ringkas apa adanya. Tidak guna rempah atau bahan berlebihan, tapi rasanya ada. Rasanya tidak hilang dan tidak matikan selera pun. Sebaliknya kalau terlalu ditambah dengan pelbagai bahan, kalau tidak kena cara lain sungguh rasanya. Jadi jangan pelik ada orang masak main campak-campak je..sukat bahan pun ikut naluri je tapi dia punya rasa, mantap. Penangan sederhana dalam menyediakan menu hidangan. Tapi rasanya tidak sederhana.

Sederhana dalam perbuatan dan tindakkan juga penting. Tidak juga menghilangkan dan mematikan kualitinya. Sebaliknya lebih menyelamatkan dalam waktu yang panjang. Kurang risiko. Kurang masalah. Asalkan tidak kurang memberi perhatian. Kalau kesederhanaan diletakkan pada tempat dan waktu yang sewajarnya ianya memberi kesan baik. Tindakan yang sederhana tapi kesan yang luar jangka itu lebih bererti dan padu. Macam kita bercakap. Sederhana sahaja tapi boleh buat orang terkesan bukankah itu lebih baik daripada macam tin kosong yang bising tetapi tidak ada isinya. Nampak tak.

Keterlaluan itu berbahaya. Tidak apabila selalu sederhana dengan rentak, gaya dan tempo yang tepat ianya lebih sangat bermakna. Apa yang kita miliki kalau mengalami masalah atau kerosakkan tidak salah juga pilih untuk dibetulkan terlebih dahulu. Cuba dulu daripada terus beli yang baharukan. Sekurang-kurangnya dapat juga jimatkan duit kita. Tak membazir juga. Itu pun dalam bentuk sederhana. Contoh mudah kalau smart phone android rosak ke, iphone rosak ke, laptop rosak ke, jam tangan rosak ke, hantar dulu ke kedai yang boleh memberbaiki. Jangan terus buang.

Sesiapa yang ada masalah pada IPHONE ATAU SMARTPHONE ANDROID , haa bolehlah hantar ke CHAMO yang menawarkan perkhidmatan memperbaiki telefon-telefon yang mengalami masalah dan kerosakkan. Lebih kurang sudah tujuh tahun beroperasi dengan slogan CEPAT, HARGA BERPATUTAN, BERKUALITI  in sya Allah puas hati dengan modal yang dilaburkan. Aamiin.

CHAMO
Laman webhttps://chamo.my/
Alamat118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
No Tel017-282 8089


Tinta Perdu Cinta ❤
SEDERHANA TIDAK MENGHILANGKAN DAN MEMATIKAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama