SERONOK SANGAT

SERONOK SANGAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Setiap orang ada rasa keseronokkan berbeza dengan alasan masing-masing. Rasa seronok setiap orang memang tak sama. Seronok kita belum tentu seronok doa. Seronok dia belum tentu kita pun seronok. Tak gitu. Jadi jangan pelik kita seronok dia monyok je mukanya. Gitu.

Alhamdulillah. Lama tak dapat balik kampung. Akhirnya dapat balik kampung. Terima kasih Allah swt. Terima kasih sangat-sangat. Dalam keadaan jumlah kes yang masih ada angka-angkanya. Tawakal. Tapi tawakal yang berat kepada rasa takut dan sangat berhati-hati. Syukur. Dapat jumpa semua adik beradik walau tidak serentak. Walau tidak sekaligus berkumpul. Maklumlah masing-masing sudah berkeluarga. Ada keluarga mertua masing-masing jugakan. Kita hormati. Kita saling bertolak ansur. Itu lebih indah dan sangat manis.

Seronok sangat. Ya seronok. Rasa rindu, rasa sayang yang berkumpul lama. Dipendam lama. macam bisul yang dan nak pecah. Yang nanahnya tunggu masa nak pecah, ha macam tulah rasanya. Tumpah rasa rindu. pecah rasa sayang. Pada keluarga mertua. Pada mama babah. Pada semua yang ada dikampung. Hikmah. Nikmat. Tak berdaya didustakan. Ada. 

Bila nak balik kampung rasa lamanya. Tapi bila dah balik kampung rasa sekejap sahaja dah nak balik ke rumah semula. Allahu. Rasa yang sering menjadi cabaran untuk anak perantau. Tapi tak apalah, asal dapat balik kampung dah puas hati sangat-sangat. 

Macam-macam cerita. Macam-macam menu. Macam-macam perubahan terjadi. Ada manis, ada pahit dan ada yang tidak ada rasa dibuatnya. Begitulah kehidupan. Benarlah masa itu sangat berharga. Keluarga itu sangat bermakna. Sangat-sangat. Balik kampung senyap-senyap pun manisnya lain macam. Sampai depan pintu, beri salam. Tengok muka-muka terkejut dan teruja itu tambah perisa pada rasa. Bibir tersenyum. Air mata mengalir. Allahu.

Sungguh seronok sangat. Sangat-sangat. Ada masa cari kawasan yang ada coverage wifi untuk update blog. Ada juga yang PC setkan ke auto publish. Ikut kesesuaian situasi dan keadaan semasa ketika berada di kampung. Maaf kerana seminggu lebih juga PC tidak bertandang ke blog sahabat-sahabat. Ada yang PC singgah tapi tidak tinggalakan ulasan. Sekarang tengah mencari rentak semula. Fokus sepenuh masa. 

Semoga kita terus boleh berkumpul dan bertemu keluarga di mana pun berada. Jagalah hubungan sesama kita kerana Allah swt. Sayangi dan hargai keluarga kita. Mereka juga adalah amanah daripada Allah swt, yang nanti akan dipertanyakan kepada kita apa peranan kita semasa di dunia dulu.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
SERONOK SANGAT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama