Setiap Blog Ada Daya Tarikannya Tersendiri

SETIAP BLOG ADA DAYA TARIKANNYA TERSENDIRIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Tidak tipu. Betul dan percayalah setiap blog itu ada daya tarikannya tersendiri. Ada keunikannya tersendiri. Ada imej juga yang tersendiri. Ada yang bawaannya santai tapi mengena. Ada yang formal tapi ringan. Ada yang berat tapi tidak bosan untuk dibaca. Ada juga yang lucu tapi penuh pengisian. Ada pelbagai niche.

Kita bercakap orang lain dengar. Blogger berkongsi konten orang lain membaca. Melalui pendengaran dan pembacaan kedua-duanya menyalurkan banyak pengisian yang boleh dipilih untuk kegunaan. banyak maklumat boleh diterima. Mana yang baik-baik itu ambillah. Mana yang kurang baik itu abaikan dan jentik jauh-jauh ya. Kita jaga kita. Maksudnya kita amalkan kebaikkan yang disampaikan oleh orang sama seperti kita sumbang pahala kepadanya itu bererti kita sudah bantu orang secara tidak langsungkan. Blogger pun apabila berkongsi hal baik bantu orang lain juga dalam masa sama terbantu jugalah diri sendiri. Aamiin.

Blog ibarat rumahnya. Tidak kiralah menggunakan khidmat blogspot.com secara percuma atau memilih membeli domain berbayar sendiri. Template yang dipilih ibarat bajunya. Segala widget yang ada dan diletakkan pada tempatnya itulah hiasan yang ada kepentingan dan keperluannya. Setiap kod itu umpama enjin yang menggerakkan agar blog itu berfungsi dengan baik. Manakala setiap idea yang ditumpahkan menjadi konten kemudian dikongsikan itu adalah persembahan untuk bintang tamu  yang berbesar hati sudi hadir iaitu sahabat- sahabat blogger semua. 

Setiap Blog Ada Daya Tarikannya Tersendiri
Gambar Hiasan

Setiap blog ada daya tarikannya tersendiri. Buat masa ini PC berasa belum ada blog yang sama kesluruhannya sama sekali. Kalau sama pun cuma templatenya kerana itu memang tidak dapat dielakkan atau dinafikan kerana adakala blogger menggunakan template daripada laman web penyediaan template yang sama. Tetapi isi di dalamnnya tetap sahaja ada perbezaannya kerana setiap blog itu ada sentuhan kreativiti yang tidak sama langsung.

Baik blogger senior mahupun junior, terukan menulis dengan penuh semangat dan kesungguhan. Berkongsilah apa pun yang dirasakan terbaik kerana kalau tidak blogger yang menghidupkan dunia blogger  ini tidak mustahil lama kelamaan ianya akan menjadi sepi kemudian lenyap. Teknologi akan sentiasa dan terus pesat berkembang, kalau kesempatan ini kita gunakan atas landasan yang betul in sya Allah baik dan betullah jadinya. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Setiap Blog Ada Daya Tarikannya Tersendiri



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Teringat dulu masa 2008 macam tu, ada blogger yang blognya kena ciplak. Dahlah blog personal je. Memang si penciplak tu, ciplak segala post dia. seram juga macam tu huhu

    BalasPadam
  2. Terus bersemangat menulis di blog sambil menjalinkan ukhwah sesama blogger

    BalasPadam
  3. Blogging ni antara cara kita berukhuwah dan bersilaturahim zaman kini

    BalasPadam
  4. semoga kita semua akan terus berblogging

    BalasPadam
  5. Blog is like a diary or my life journal.
    Makin seronok menulis bila anak2 mula mengikuti blog Ummi-nya.

    BalasPadam
  6. mama setuju.. bola blogwalking sana sini boleh nampak masing2 blognya istimewa

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama