BIAR SELALU DIHATI. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Lemah tidak berdaya. Itu kita sebenarnya tanpa DIA yang selalu ada dan menjaga hamba-hambaNYA. Ya memang kita usaha sebaik mungkin tapi itu pun atas gerak rasa dan dorongan daripadaNYA juga. Contoh mudah, kita rasa lapar ni, pergi makan. Kita rasa dahaga ni pergi minum. Usaha kita makan, minum, masak, suap makanan ke mulut. Tapi macam nak gerakkan tangan, bangun, telan air itu antara contoh apa yang DIA izinkan untuk berlaku dan dilakukan oleh kita semua.
Zikir, bersyukuri, istiqhomah dalam beribadah pun sebenarnya kita kena minta dan berharap izin dariNYA sentiasa kerana kalau ikutkan kita ini PC la terutamanya sentiasa ada rasa malas dan tidak bersungguh. Apa pun itu kita tetap sahaja mesti minta dan berdoa kepadaNYA. Minta dan minta. Nak rajin kena minta, naka ada semangat kena berdoa minta. Nak rajin berzikir, tidak malas dan tidak lupa mensyukuri nikmat kena berdoa minta kepadaNYA. Kita mahu rajin, tekun dan bersemangat beribadah pun kena sentiasa minta kepadaNYA.
Tetapi disamping itu dengan otak yang berakal waras telah dipinjamkan, dengan sedikit ilmu yang ada sudah tentu kita boleh berfikir dan bertindak dengan baikkan. Boleh beza mana yang boleh dan mesti dilakukan berterusan dan mana pula yang mesti dielakkan dan dihentikan dengan segera juga.
Kuncinya, Tuhan itu biar selalu dihati. Samapi kita mati.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
BIAR SELALU DIHATI
salam jumaat PC, semoga kita semua istiqomah dalam mengingatiNya setiap helaian nafas..
BalasPadamManusia diciptakan memang untuk mengingati-Nya.
BalasPadamTapi kita selalu lalai dan leka dengan nikmat-Nya
PadamTerima kasih atas kata-kata ini
BalasPadamSentiasa mengingati dan berusahalah kita.
BalasPadam