DUGAAN ORANG PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

DUGAAN ORANG PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PC percaya setiap sesuatu yang terjadi pasti bukan sia-sia dan Allah bukan suka-suka uji hamba-hambaNYA. Walau kadang rasa dah tak mampu nak tanggung, tapi nanti Allah akan pujuk hati kita dengan caranya yang paling berhikmah. 

Dugaan orang peringatan untuk diri sendiri. Mudah-mudahan dugaan kita jadi peringatan kepada orang lain juga. Hujung tahun bukan suatu yang aneh dengan fenomena alam hujan dan banjir. Setiap tahun ianya akan berlaku dan berulang-ulang. Bezanya tahapnya sahaja seperti apa dan bagaimana. Tapi hujan dan mengakibatkan banjir itu pasti berlaku seperti mana tahun-tahun sudah.

Teruk atau tidak. Diparas bahaya atau tidak. Serius atau tidak. Di kawasan yang sama atau di kawasan yang berbeza. Ini sahaja perbezaannya. Boleh jadi tahun sudah negeri ini dan  kawasan ini mengalami masalah banjir yang teruk, tapi tahun ini semua baik-baik sahaja sebaliknya negeri dan kawasan lain pula yang terlibat. Apa yang pasti bila masalah banjir melanda akan memberi satu kesan mendalam pada fikiran dan emosi setiap mangsa. Akan di ingat rasa fobianya sampai bila-bila. Sungguh. Sebab PC sendiri pernah alaminya. PC masih kecil tapi sudah boleh memahami keadaan ketika itu. Allahu. Takut. Sedih. Semua rasa ada.

Ketika ada ujian begini paling penting adalah bantuan yang paling segera. Semuanya melibatnya nyawa. Nayawa manusia. Nyawa haiwan. Keselamatan semua. jangan lupa nyawa para petugas yang sesiapa sahaja yang memberi bantuan tak kiralah sukarela atau unit-unit khas yang bertugas. Semuanya melibatkan nyawa. jadi, semua kena saling membantu. Beri kerjasama sebaik-baiknya. Tolak tepi fahaman politik. Tolak tepi musuh. Tolak tepi rasa ego yang kalau ada sebelum-sebelum ini. Tolak tepi pangkat dan darjat. Tolak tepi semuanya. 

DUGAAN ORANG PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Tidak mustahil, melalui musibah adalah salah satu daripada banyak cara Allah nak uji iman kita. Hati kita ini seperti apa kan. Lebih-lebih lagi dan paling utama orang yang telah diberi mandat dan kepercayaan tak kira siapa pun itu. Salurkanlah bantuan dengan cara dan kemampuan masing-masing. Keluarga sahabat PC pun ada yang terperangkap dalam banjir. Allahu. Ada juga sahabat PC yang lain rumahnya tenggelam cuma berbaki sedikit bumbung yang kelihatan. Ya Allah. Sebelum ini, tahun sudah banjir di kawan tempat tinggalnya sekadar parah buku lali sahaja tapi tahun ini semakin parah.

Dalam situasi virus COVID19 yang masih ada, ditambah keadaan banjir yang berlaku, kes kemalangan yang terjadi hingga mengorbankan banayak nyawa.. wahai Allah, semoga dengan rasa sabar dan redha hamba-hambaMU, ENGKAU naikkan darjat mereka dan kami disisiMU Ya Allah. Aamiin. 

Tinta Perdu Cinta ❤
DUGAAN ORANG PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI
   

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. saling berganding bahu dalam menyelesaikan masalah, ingatan untuk diri saya sendiri juga ni.

    BalasPadam
  2. betul tu..ujian untuk kita juga. tak dapat bantu wang ringgit tenaga, bantulah dengan menjaga lidah dan jari jemari dari menyakitkan hati

    BalasPadam
  3. Wkmussalam
    Turut bersimpati terhadap insan yang diuji musibah

    BalasPadam
  4. Peringatan untuk kita semua. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga semuanya selamat. Aaaminn...

    BalasPadam
  5. berilah bantuan kpd yg memerlukan xkira siapa

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama