Lebih

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

LEBIH

Barilah kerana Allah SWT 
Ambillah juga kerana Allah SWT 
Memberi jangan berasa hebat
Menerima jangan berasa hina
Hidup ada pasang surutnya

Lebih dan kurang
Setiap satunya ada laluan
Laluan terbuka dan tertutup 
Lebih belum tentu hati terbuka memberi
Tertutup tidak semestinya hati berkira-kira memberi
Condong hati arah mana
Minta Tuhan pimpin

Lebih jangan berlebihan
Lebih jangan keterlaluan
Lebih jangan berhabisan
Lebih jangan bersulam keanggkuhan

Ada lebih bawa hikmah
Ada lebih bawa musibah
Ada lebih jadi pahala
Ada lebih jadi dosa
Moga Allah SWT sentiasa bimbing 

Lebihnya hamba tetap SEMUA MILIK DIA

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Lebih 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul.... marilah kita memberi walaupun mungkin takde yang berlebih

    BalasPadam
  2. penuh makna. sebab tu la ada ditekankan konsep wasatiyyah dalam hidup

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama