HAKIKAT TERSIRAT DAN TERSURAT

HAKIKAT TERSIRAT DAN TERSURAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MEMANG ADA. Tersiratnya dengan tersuratnya sama. Memang ada juga tersurat dengan tersiratnya tidak sama. Biasanya orang AKAN ambil yang tersuratnya. Owh terus bayangkan dan mengandaikan yang tersirat juga begitu. Tapi sebenarnya kadang-kadang jauh berbeza antara yang tersurat dengan yang tersirat.

''Owh macam ni rupanya''

''La tak sama pulaknya''

''Ini sebenarnya dia ya''

Hakikat tersirat dan tersurat. Tersirat itu yang mudah dilihat pada pandangan mata kasar. Apa adanya. Ya, begitulah. Tersirat ni susah sikit nak dikesan dan dinilai. Kadang susah banyak dan berat juga sebab hal yang disimpan. Dalaman. Ada tapi tersembunyi dan disembunyikan juga sebenarnya. Kadang mudah dikeluarkan. Kadang sampai ke sudah menjadi tersiratnya. Liat.

HAKIKAT TERSIRAT DAN TERSURAT
Barangkali yang tersurat itu sedikit dan itu belum cukup untuk menilai keseluruhan apa yang tersirat

Nampak macam ada dua watak. Nampak macam pura-pura. Ada dua watak. Tapi sebenarnya tidak. Bagi pendapat PC setiap kita ada banayak sisi kehidupan. Paling besar adalah keperibadian yang tersurat dan tersirat. Biasanya yang akan dapat kenal yang tersirat ni orang yang rapat dengan kita. Itu pun kadang susah juga nak dikesannya.

Lihat bagaimana disekelilingnya. Bagaimana pancingan dan olahan suasananya. Tengok luaran tersuratnya garang, serius, pendiam tapi bila kena dengan regunya boleh jadi sangat lucu dan lembut tutur katanya. Nampak tak. Jelas.

''Macam sombong je''. Belum tentu sombong. ''Macam bosan je''. Belum tentu juga boasan. Sebuah buku tidak cukup cuma melihat kulit, tajuk dan sinopsisnya sahaja. Kena baca baharu tahu seperti apa jalan cerita yang mahu disampaikan. begitu juga dengan makanan. Kena rasa dulu. baharu beri komen yang sewajarnya ya.

Dan begitu jugalah kehidupan.

Tinta Perdu Cinta ❤
HAKIKAT TERSIRAT DAN TERSURAT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Setuju... jangan cepat menilai

    BalasPadam
  2. Barangkali yang tersurat itu sedikit dan itu belum cukup untuk menilai keseluruhan apa yang tersirat - stuju sangat yang ini

    BalasPadam
  3. Setuju. Kalau cakap tentang perwatakan seseorang, apa yang tersurat tu hanya lapisan luar sahaja. Tersirat pula lapisan-lapisan seterusnya yang kita perlu kupas satu per satu.

    BalasPadam
  4. tersurat jelas n tersirat perlu fahami

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama