Sabar Lain Kisah Ikhlas Itu Lain Bab

SABAR LAIN KISAH IKHLAS ITU LAIN BAB | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sabar dan ikhlas lain cabangnya. Berbeza pengertiannya. Kalau boleh sabar belum tentu ada ikhlasnya. Tapi kalau ikhlas mesti bermula daripada sabar yang sebenar-benarnya sabar. 

Sabar itu tiada sempadan. Namun kemampuan orang untuk bersabar itu ada had. Jangan bina kita nampak atau dengar orang marah-marah atau menunjukkan rasa geramnya kita terus membawang menghalia dan segala meng la pasal dia. Janganlah. Nanti dulu. Boleh jadi telah sekian lama dilakukan dengan sabar. Sudah bertahun-tahun dia didik hati dan diri untuk menjadi lebih dan sentiasa sabar. Jangan terus kita nilai dia begitu begini macam kita tinggal sbumbung dengannya. Rasa sabar mesti dipupuk, tapi kalau selalu diprovokasi pun boleh pecah juga kesabaran itu. 

Sabar Lain Kisah Ikhlas Itu Lain Bab

Ikhlas. Di mulut sahaja atau dimulut, dihati dan diperbuatan sekaligus. Ikhlas itu suatu yang meringankan beban pada hati dan fikiran. Hujung pada banyak simpulan dan naik turun yang ditempuhi adalah ikhlas yang menjadi titik sebelum tawakkal. Tidak ramai yang ikhlas tanpa mengungkit. Ikhlas kerana Allah SWT. Ikhlas macam ubat dan proses penyembuhan. Macam air sungai yang mengalir sangat deras. Semakin deras airnya mengalir semakin laju dedaunan yang berguguran di atas permulaan air itu hanyut. Semakin segera ikhlaskan semakin hilang beban rasa yang ditanggung. Dan untuk mengikhlaskan tidak mudah. 

Sabar lain kisah ikhlas itu lain bab. Memang benar. Persamaannya adalah kedua-duanya letaknya pada hati insan. 

Sekian. 
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Sabar lain kisah ikhlas itu lain bab

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama