NAMPAK CAHAYA MATAHARI BERSERI SERI MUKA SEKALI HUJAN

NAMPAK CAHAYA MATAHARI BERSERI SERI MUKA SEKALI HUJAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. HUJAN. Nikmat. Suasana jadi sejuk. Nyaman sangat. Bila sejuk ni mula la kepala otak ligat ingat nak makan itu nak makan ini. Semua nak semua sedap. Adoilah. Paling seronok tidurlah waktu hujan-hujan ni. Tapi kalau terlebih tidur mahu kepala pening semacam. Macam ada tempayan atas kepala berat tak berat. Ringan tak ringan. Ha macam mana tu. Gitulah.

Bila hujan je ni, masing-masing bersedia je. Asyik intai luar jendela. Asyik berdiri depan pintu kaca. Tunggu cahaya matahari. Sejak-sejak ada Covid19 bab menyembang dengan jirang tetangga sangat-sangatlah kurang. Habis tu panjang je leher tu nak apa. Apa lagi bersedialah nak pindahakan jemuran ke luar. Biar kena cahaya matahari gitu niatnya. Alahai. Bukan jiran je, PC pun sama. Nanti bila hujan semula masing-masing lintang pukang masukkan jemuran ke dalam semula.

Nampak cahaya matahari berseri-seri muka sekali hujan. Hahahahha. Ni lawak. Hujan memang lebat sangat-sangat. Tapi tiba-tiba hujan pun teduh. Ada cahaya matahari. Haa apa lagi, gembiralah nak sidai kain baju dengan hati girang. masing-masing dah cun pindahkan jemuran luar pagar dari sebelumnya kat anjung je kan..sekali gitu hujan turun semula selebat-lebatnya.

NAMPAK CAHAYA MATAHARI BERSERI SERI MUKA SEKALI HUJAN

Kalau macam ni nak berak pun kena tahan. Nak kencing pun tunda dulu. Selamatkan kain dulu diampaian oi..hahahaha. Kalau tengah makan sanggup berhenti cuci tangan dulu. Jangan buat pasal. Hujan itu nikmat. Panas itu nikmat. Sama-sama nikmat untuk kita hamba.

Hujang ke panas ke ada kepentingan masing-masing. Ada kegunaan dan peranannya juga. Sebab itulah Allah swt aturkan hujan dan panas bersilih ganti cuma kadang hambaNYA sahaja yang rajin sangat berkeluh kesah. Allahu.

Tinta Perdu Cinta ❤
NAMPAK CAHAYA MATAHARI BERSERI SERI MUKA SEKALI HUJAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kalau hujan, uncle tarik selimut!

    BalasPadam
  2. Samalah dengan Mrs. A kalau nampak macam nak hujan berkira-kira dah nak angkat kain di jemuran

    BalasPadam
  3. Itu lah dah musim dah sekarang nie.. hari-hari hujan. Kak Sue memang kalah sikit kalau musim hujan.. jadi lesu badan. Lebih suka kalau cuaca panas.. Apapun setiap yang Allah jadikan pasti ada manfaatnya kan PC..

    BalasPadam
  4. seronok hujan ni,sejuk dan nyaman sahaja rasa

    BalasPadam
  5. macam main cak-cak pulak ye hujannnya..
    Ammi yang duduk di rumah burung pun ginilah..bila langit dah gelap dan dah mula bersuara..angkut kain masuk. Tapi tunggu punya tunggu...tak jugak langit ni menangis

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama