JANGAN ASYIK ADA AKU KISAH SESEKALI KENA KISAH JUGA

JANGAN ASYIK ADA AKU KISAH SESEKALI KENA KISAH JUGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MEMANG letih layan perangai orang. Kalau orang ada ragamnya begitu juga dengan kita. Keluarga kita. Selagi hidup akan sentiasa ada ragam. Ada perangai. memang tak boleh nak dielakkan. 

Kadang kita rasa sangat letih dah nak hadap perangai orang ni. Tengok muka pun sampai tak ada rasa. Boleh jadi juga orang pun dok meluat dengan kita. Siapa tahukan.Layang sikap orang ni boleh serabut kepala. Jiwa pun boleh jadi kacau. Silap-silap boleh bawa penyakit dan sakit kita. 

Maka.

Ada aku kesah. 

Tapi.

Jangan asyik 'ada aku kisah' sesekali 'kena kisah' juga. Lagi tertekan bila kita tak kacau orang. Cuit tak apatah lagi jentik. Lagi panas dan naik angin tetiba orang pulak asyik nak kacau kita. Lagi la mahu berapi-api rasakan. Wajarlah. Nanti dulu ya. Kena tengok keadaan jugalah kalau boleh. Jangan setiap masa ada aku kisah. Maksudnya 'peduli apa aku' atau 'tak kisah langsung' dengan apa orang kata atau apa orang nak kata.

Ada waktu-waktunya kita tak perlu kisah pun dengan pandangan, kata-kata atau tindakan orang kepada kita. TETAPI ada hal tertentu kita tak boleh berterusan buat macam tu lagi-lagi kalau cara kita itu buat orang lain menghadapi masalah. Buat orang lain bertambah rumit dan susah.

JANGAN ASYIK ADA AKU KISAH SESEKALI KENA KISAH JUGA

Bayangkan kalau ibu bapa, guru, polis, tentera, tukang kebun, doktor dan lain-lainnya amalkan cara 'ada aku kisah' dengan keadaan yang sepatutnya dia cakna atau kisah, tapi buat seposen je, mahu huru hara jadinya. ini contoh mudah. Samalah dengan diri kita sendiri. Tak kisahlah siapa pun awak, awak, dan awak. Ya awaklah. Lagi-lagi bagi orang yang diberi kepercayaan oleh orang lain. 

Macam mana nak perbaiki diri kalau asyik buat tidak tahu. Janganlah semua apa orang cakap tolak ke tepi. Lambung ke langit atau hanyutkan ke lautan dalam. Sesekali ambil dan hadam. Manfaatkan akal yang Allah beri untuk berfikir. Ego itu perlu. Tapi kalau sangat ego ibarat peluru atau pisau tajam yang akan sentiasa menikam dan mencederakan orang lain. Faham.

Kadang, memang tak dilisankan 'ada aku kisah'. Tapi dimuntahkan dengan tindakan yang lebih menyakitkan dan menjengkelkan. Teguran Allah tu ada banyak cara dan jenis. Kadang daripada orang lain sebagai perantara pun boleh jadi juga. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
JANGAN ASYIK ADA AKU KISAH SESEKALI KENA KISAH JUGA




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. kalau dah diamanahkan kena kisah juga tu kan. Ada aku kisah tu kalau kita buat benda betul takpe lagi.

    BalasPadam
  2. Untuk sesetengah perkara perlu ‘ambil kisah’ juga kan…. Tak boleh pukul rata semua.

    BalasPadam
  3. Ambik kisah nie memang nak kena dengan situasi dan sesuatu perkara kan PC..

    BalasPadam
  4. ya sesekali perlu ambil kisah apa sebenarnya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama