Keputusan Seorang Akibatnya Ramai Yang Tanggung

KEPUTUSAN SEORANG AKIBATNYA RAMAI YANG TANGGUNG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sendiri-sendiri. Haluan masing-masing. Ikut citarasa dan cara aku - aku,  kau - kau. Senyap-senyap je. 

Betul. 

Tapi. 

Jangan pernah fikir apa sahaja yang diri sendiri lakukan,  diri sendiri juga yang tanggung akibatnya.  Kalau akibatnya baik alhamdulillah tidak menjadi masalah,  namun sekiranya akibat buruk yang melanda itulah yang amat merisau dan membebankan. Terutama fikiran. 

Tidak semua orang buat hal buruk memikirkan akibatnya bakal melibatkan orang lain. Tidak semua orang juga boleh tanggung  akibat buruk sendirian. Lazimnya mengaitkan orang lain. Keputusan seorang akibatnya ramai yang tanggung. Sedihnya la. 

Ada perkara tidak patut dilakukan maka janganlah dilakukan. Lebih-lebih lagi bila dah jelas banyak akibat negatif yang bakal ditanggung. Kan dah tahu, jadi janganlah buat. Banyak perkara baik yang boleh dicuba kalau nak cuba. Mengapa tidak itu yang dilakukan dengan senang hati. 

Tidak semua yang rahsia  menjadi rahsia selamanya. Rahsiakan daripada sesama manusia tetap sahaja Tuhan mengetahui. Sembunyikan daripada sesiapapun,  dengan Tuhan tidak ada satu pun yang boleh ditutupi. 

Sekian. 
Tinta Perdu Cinta ❤
Keputusan Seorang Akibatnya Ramai Yang Tanggung



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu kadang kala salah buat keputusan bukan kita sahaja yang mengalami akibatnya tetapi melibatkan orang lain jua..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama