PELAT ITU COMEL TAPI SEMENTARA

PELAT ITU COMEL TAPI SEMENTARA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Comel. Ini yang PC rasakan bila dengar anak kecil pelat dalam pertuturannya diawal-awal dia sedang mahu dan belajar berbicara. Ada anak kecil yang sangat jelas sebutannya. Ada yang pelat. Dan PC rasa mereka comel. Bersembang tapi pelat. Cakap dengan kita dengan muka comel, pelat pulak tu berganda comelnya. Bagi PC itu bukan kekurangan tapi proses. Proses peringkat bayi dan kanak-kanak adalah peringkat paling kritikal untuk mempelajari bahasa. Kita pun sedia maklum. 

PELAT ITU COMEL TAPI SEMENTARA

Melalui fasa bertutur ini bayi dan kanak-kanak akan sentiasa merakam pertuturan orang dewasa disekelilingnya. Terutama ibu bapalah yang paling dekat dan rapat dengan mereka. Mereka menjadi pendengar yang baik. Macam span dalam mangkuk berisi air. Mahu semua air diserapnya. Jadi kena hati-hatilah ketika orang dewasa yang berdampingan dengan bayi dan kanak-kanak ya. Ketika bercakap terutamanya selain kena jaga tingkahlaku.

PELAT : kurang betul mengucapkan kata-kata [RUJUKAN]

Pelat itu comel tapi sementara. Pelat memang comel lagi-lagi boleh menceriakan suasana. Kalau kita tak faham tu yang boleh jadi ketawa dibuatnya. Pelat 'R' dan 'L' yang selalu PC dengar. Itu belum lagi kalau mereka tersasul nak sebut. Lagi la. Allahu. Tapi, memang la nampak comel waktu mereka bayi dan kanak-kanak, namun keadaan akan berubah menjadi sesautu keadaan yang kurang selesa bila mereka semakin meningkat usia sebenarnya. 

Boleh menganggu emosi dan mental mereka juga dalam diam. Ada yang boleh santai dan terbuka menerima kekurangan. Ada yang sebaliknya kerana ada yang berjaya mengatasi masalah pelat ini dan ada yang tidak dan kekal hingga akhir hayat. lagi kalau dapat kawan-kawan yang suka mengejek. lagi mental dibuatnya.

Sebab tu pada pandangan PC, pelat itu comel tapi sementara sahaja. Akan tiba waktunya ia menjadi satu masalah dan menimbulkan isu. Berbalik juga bagaiamana penerimaan diri sendiri dan orang lain. Lagi satu, adakah pelat ini boleh diwariskan dan diwarisi?. Setakat yang PC temui secara nyata ya ada. Ayahnya pelat anaknya pun pelat. Tapi dari segi fakta medik atau saintifiknya belum lagi ada terbaca.

Pelat kekal atau pelat sementara itu juga satu rezeki pemberian Allah swt. Itu bukan alasan seseorang tidak boleh berjaya. Tak ada kena mengena dengan berjaya atau gagal seseorang angkara pelat. Jadi jangan asyik nak pandang sinis je. Jangan dok perli-perli la ye. Unik.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
PELAT ITU COMEL TAPI SEMENTARA  



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Anak-anak kalau pelat memang cute sangat. tadi tertengok video lama anak2 masa diorang pelat, rindu pula zaman tu

    BalasPadam
  2. Cici pelat sikit. Masa sekolah rendah kena ejek sampai nangis, kena gelak. Hurmm..

    Masa sekolah menengah ada yang tegur. Ada yang komen acah acah pelat sebab nak nampak comel dan manja. Aduhduh, tak terdetik langsung.

    Sekarang rasa dah okay, tapi ada juga yang komen ada bunyi pelat kalau buat video. Mungkin dah tak ketara kot. Hehe.

    So far anak yang kecil umur 5 tahun je berbelit sikit. Harap tak lama lagi okay.

    BalasPadam
  3. Nak tutu (susu) ala ala ala comel

    BalasPadam
  4. Teringat si Along anak Mrs.A yang sulung. Masa kecik-kecik dia memang pelat sikit panggil ibu. aabuu...sampai atoknya ajuk aabu.. aabu..aabu... kau mana ? tapi sebenarnya ibu bukan aaaabu... Bila dah besar okay je dia

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama