KUCING JANTAN PUN ADA JUGA

KUCING JANTAN PUN ADA JUGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA APA?. Jangan sangka dan berfikir kita tahu semua benda. Dan dalam masa yang sama kita fikir semua orang tahu akan suatu hal itu. Hakikatnya tidak juga. 

Kisahnya, adik ipar PC dan isterinya berniat nak bela kucing. Dah lama sangat tapi tak juga bela-bela. Sampailah ada anak, oleh kerana ada bayi risau bayinya alah pada bulu kucing maka niat tu tangguh lagi. Bila nak bela eh ada bayi lagi anak kedua. Maka tangguh lagi. Dan bila anak-anaknya dah sekolah, dah besar makan niat nak bela kucing makin kuat.

Tambahan, PC bela kucing, mertua pun bela kucing. Apa lagi semakin menjadi-jadilah semangat mahunya tu. Ok. Cari pun cari, rezeki jiran mertua PC ada banyak bela kucing. Ada yang adik ipar dan isterinya merangkap biras PC tu berkenan. Nak bela tapi nak yang jantan. Makcik tu pun pilih punya pilih dan dia kata ni jantan. Apa lagi sukalh mereka. Anak-anak mereka dapat adik baharu. Jantan. 

Tomy. Nama yang diberi. Sihat. Lincah. Ceria. Selera makannya. Semakin lama, semakin membesar dia. Seronok kakak-kakaknya. Bila whatsapp suruh mamanya cerita kat Umminya [PC] dia orang ada adik baharu Tomy namanya. Hehehehe. Alhamdulillah beberapa bulan lepas kami balik kampung dan dapatlah jumpa anak buah baharu si Tomy. 

Alkisahnya berdekah satu rumah macam nak tercopot bumbung rumah mertua PC. En suami tanya dengan adik dia, PC tanya dengan biras PC. ''Jantan ke betina ni anak ummi abi yang baharu''. Mereka suami isteri semangat jawab ''jantan''. "Memang nak cari dan bela yang jantan". Kakak-kakaknya pun cakap jantan. Kami pun senyum. Syukur alhamdulillah.

Tiba-tiba biras PC cakap, kak kucing jantan dengan kucing betina macam mana nak beza. Hahahaha. Kecik lagi susah nak kesan ni. Kata makcik tu jantan sebab kami memang nak jantan. Tapi biasanya kucing mudah juga walau masih baby nak kesan jantan ke betina. PC dengan en suami pun terbelek-belek. Kami sepakat kata Tomy ni betina. Mereka ingat kami tipu dan saja nak mengenakan mereka. Padahal memang betina.

Part lucu bagi kami adalah.... biras PC terus cakap, ''ooooooo patutlah bila Tomy telentang ada nampak tetek dia''.. berdekah kami semua.. ''oiii kucing jantan pun ada juga tetek la'' jawab adik ipar bongsu PC, walaupun masa tu dia dalam tandas. Nak tengok jantan ke betina bukan tengok teteknya. Tengok alat kelaminnya.

Sakit perut ketawa. Guling-guling.

KUCING JANTAN PUN ADA JUGA

Dah sah jantina maka bertukarlah daripada Tomy menjadi Timy. Selamat datang ke keluarga kami ya Timy. Abi Ummi ❤ Timy.

Tinta Perdu Cinta ❤
KUCING JANTAN PUN ADA JUGA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Uncle pun sama tergelak! hahaha

    BalasPadam
  2. Laa kucing betina rupanya
    Tomi jadi Timi

    BalasPadam
  3. Hahahahah fenin saya baca hehehe

    BalasPadam
  4. hehee...mujur tak perlu buat pengenalan diri kalau tak jenuh kena angkat sumpah buat penukaran hehee

    BalasPadam
  5. hahaha..nak tumpang gelak sekali. Dulu pernah bela kucing, tapi tak pernah lulus nak bezakan jantan betina. Dah besar baru mudah nak cam.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama