Penilaian Kurang Wajar Penilaian Matang

PENILAIAN KURANG WAJAR PENILAIAN MATANGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Tidak matang. Kurang matang. Matang dan rasional. Semua bertahap. Kalau tengok hari ni boleh berlari laju,  satu masa dulu puas dah merasa sakitnya ketika jatuh bangun bertatih. PC percaya semua ada garis waktunya. Setiap orang begitu cuma mungkin kita sahaja yang tidak tahu kerana apa yang kita lihat cuma hasilnya sahaja.

Membuat penilaian senang. Senang sangat-sangatkan. Bezanya penilaian itu termasuk dalam penilaian yang kurang wajar atau penilaian yang matang. Kadang usia menjadi ukuran. Begitu juga pengalaman dan ilmu. Tapi bila difikir-fikir ada ketika usia tidak menjamin kematangan seseorang juga. Walau ketika membuat atau memberi penilaian. Lebih Sedihnya yang diberatkan bukan pada kewajaran sebaliknya bersifat emosi yang berkecamuk. Parah ah. 

Penilaian  kurang wajar. Sama ada tidak mendasari atau tidak cakna dan tidak mahu mengurus akan sesuatu hal, tidak hairan kalau penilaian kurang wajar dilontarkan dengan senang. Lagi satu kalau masa buat penilaian dalam keadaan tidak ada jiwa dan malas, tak salah kalau semua hanyut ke tengah Laut China Selatan. 

Penilaian matang. Susah nak buat. Asingkan kerja dengan gangguan emosi berkecamuk. Nak asingkan tali persaudaraan. Mahu tolak tepi usia persahabatan. Berkira-kira nak acah-acah lupa budi yang telah disemai dan telah dimakan. Inilah hal sulit untuk dilakukan bila nak buat penilaian matang terutama bila bertemu dengan orang-orang yang ada lautan atau kenakan dan seangkatan dengannya. Atas dasar profesional ada yang boleh dan mampu lakukan. 

Kesimpulannya, buat penilaian ikut apa yang patut dan seperlunya sahaja. Kalau boleh janganlah sampai menyusahkan orang lain juga. Tak tenang juga hati dan fikiran bila menyusahkan orang lain.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Penilaian Kurang Wajar Penilaian Matang

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kadang2 uncle sengaja buat penilaian kurang matang... hehehe

    BalasPadam
  2. risau dan takut sebenarnya bila kena buat penilaian ni sebab tu lebih suka tengok dan nilai dalam hati

    BalasPadam
  3. Risau kadang tersalah buat pernilaian.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama