PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. GIGI. Salah satu daripada banyak nikmat yang Allah swt pinjamkan kepada kita. Bila dipinjamkan bermakna bila-bila boleh diambil semula. Diambil semula tu ada banyak cara. Dicabut sebab rosak. Berlubang. Memang sudah tiba masanya gigi itu tercabut untuk beri laluan kepada gigi baharu tumbuh. Tapi yang paling mencabar adalah bila mengalami kerosakkan gigi disertai dengan rasa sakit gigi yang jangan dibuat main-main. Jangan berani-berani nak bergurau.

Sakit gigi disebabkan ada tunggul gigi yang masih tertanam pada gusi atau boleh jadi disebabkan masalah akar gigi pun boleh juga. Termasuklah bila gigi berlubang. Makan la lauk sedap macam mana pun. Hidangkanlah masakan kegemaran pun. Fuh mahu kena jerkah masa tu juga. Jangan buat main-main bila sakit gigi sebab ianya boleh menjagi salah satu sebab kematian juga lebih-lebih lagi bila ada tekanan darah tinggi. Bila sakit gigi susah tidur. Sakit kepala, perut lapar tapi tak ada nafsu nak makan. Jadi, kalau boleh secepatnya dapatkan rawatan. Kalau sakit pun kena makan ubat hilangkan sakit baharulah doktor lanjutkan dengan proses mencabut gigi. Fuh PC dah pernah lalui oiii.

Usaha untuk elak mengalami masalah sakit gigi dan sebagainya boleh, tapi bukan bererti tiada langsung potensi untuk terjadi atau alami masalah pada sekitar mulut dan pada gigi kita juga. Segalanya mungkin boleh terjadi. Ada banyak sebab. Tapi tak ada salahnya juga kalau kita sentiasa pandang serius dan ambil berat penjagaan kesihatan gigi. Nama pun kita sedang dan mahu berusahakan. Mengapa tidak.

Penjagaan kebersihan gigi yang baik. Ibu bapa boleh dah mula ajar dan latih anak gosok gigi sedari kecil lagi. Mula-mula pantau bila mereka dah terbiasa in sya Allah mereka akan pandai berus gigi sendiri dan menjadi rutin tanpa paksaan. Apatah lagi yang sudah remaja dan dewasakan, tentu sahaja berus gigi setiap hari selepas makan dan sebelum tidur. Kalau boleh setiap kali nak solat gosoklah gigi. Tak pakai ubat gigi pun tak apa, jadi nanti bila berkumur dah bersih dan tak waswas lagi. berus gigi dah kalau selalu diguna harus kembang setaman la dia. Tukar sebab takut tak menghilangkan kotoran pada gigi nanti, silap-silap gusi jadi luka. Masalah lain pula timbul nanti.

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN

Pilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Punca masalah pada diri kita ni daripada mulut. Apa yang kita makan dan apa yang kita lisankan. Makan, kunyah guna gigi. Pertumbuhan dan kesihatan gigi disumbang dan disokong oleh khasiat daripada apa yang kita makan setelah diproses oleh perut dan usus. Termasuklah kepada pertumbuhan dan kesihatan gigi kita. kalau boleh, makanlah makanan seimbang ya. Kalau tidak mampu setiap hati tak apalah, tapi jangan langsung tak ada keseimbangan dalam pengambilan makanan. Sikit-sikit kurangkan makan atau minum yang mengandungi kadar gula yang tinggi.

Pemeriksaan gigi secara berkala. Pergi klinik pergigian, buat temujanji. Minta doktor buat pemeriksaan kesihatan gigi. Tak perlu setiap bulan, biasanya enam bulan sekali kalau tak silap PC. Doktor akan tentukan ikut keperluan kita berapa lama untuk kita dapatkan rawatan berkala, susulan atau rutin. Rasanya ada antara kita sangat fobia nak jumpa doktor gigi dan dapatkan rawatan. PC pun walau tak sakit gigi cuma nak buat rawatan sahaja. Macam nak copot jantung. 

Sekali lagi sebagai kesimpulan, rutin penjagaan kesihatan pergigian adalah sebagai usaha. Bukan bererti tidak akan berlaku kerosakan atau masalah pergigian. Bila tiba masanya gigi tu goyang, maka akan goyang juga dia. Kalau tiba masanya berlubang akan berlubang jugalah dia. 

Tinta Perdu Cinta ❤
PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sepatutnya kena jumpa doktor gigi 6 bulan sekali kan, aduh, sy culas sungguh bab jumpa doc ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama