RASA BERAT HATI ITU JUGA KADANG MEJADI PENYELAMAT

RASA BERAT HATI ITU JUGA KADANG MENJADI PENYELAMAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. RASA BERAT HATI. Rasa malas. Rasa yang macam tiada rasa. Kosong. PC selalu percaya Allah ada caranya yang tersendiri mahu membantu dan melindung kita. Percayalah. Petunjuk selalu ada cuma mungkin kita yang tidak dan belum menyedarinya.

RASA BERAT HATI ITU JUGA KADANG MEJADI PENYELAMAT

Sesekali. Pernah tak rasa. Berat hati. Berat hati nak keluar rumah. Atau berat hati nak lakukan suatu hal tu. Rasa berat hatinya cuma hari tu sahaja. Waktu sahaja. Hari lain normal je. Lagi satu rasa malas. Tak pun kita rancang macam ni tapi tiba-tiba disibukkan dengan hal atau urusan yang lain pula. Ada tak alami. Ke PC sorang je. Seram la pula.

Rasa berat hati itu juga kadang menjadi penyelamat. Allah ada pelbagai cara. Bagaimana mahu melindungi dan meyelamatkan hamba-hambaNYA baik itu daripada musibah dan sebagainya. Macam tak percayakan. Tapi itulah hakikatnya.

Contoh mudah, hari ini kita nak bergerak pergi jalan-jalan. Tapi rasa berat hati atau ada urusan lain yang lebih perlu diurusakan. Dalam waktu yang sama kita dapat maklumat jalan yang mahu kita lalui dan sepatutunya kita lalui itu berlaku kesesakkan, mungkin disebabkan kemalangan yang berlaku atau sebab yang lain. Nampak tak, mungkin ada yang beranggapan ianya satu kebetulan atau tidak disengajakan juga, tapi bagi PC ianya rezeki daripada Allah.  

Rasa berat hati itu ada masa perlu diikutkan. Ada masa angkara hasutan syaitan. Lihat pada kuat atau tidak rasa kerana hati sukar dibohongi. Berdoa dan minta petunjuk daripada Allah.

Tinta Perdu Cinta ❤
RASA BERAT HATI ITU JUGA KADANG MEJADI PENYELAMAT 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama