Jangan Cakap SELALU ADA Sedangkan

JANGAN CAKAP SELALU ADA SEDANGKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Banyak tiada daripada adanya. Kecuali Allah SWT memang sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. Namun begitu ada juga yang selalu bersedia untuk ada pada waktu-waktunya. Ya,  ada. Tidak boleh selalu ada itu wajar kerana setiap orang ada urusannya masing-masing. Tapi tidak boleh ada pada saat-saat sangat-sangat diperlukan itu tidak sepatutnya terjadi. 

Lisan bukan sekadar lisan. "Selalu ada". Bila. Di mana. Ketika apa. Terkadang lebih baik lakukan terlebih dulu berbanding lisan yang mendahului. Banyak berlisan risau banyak juga mendustai. Banyak pula selekoh sana sini. Aduh. Atau mungkin pilihlah untuk diam sahaja itu lebih baik juga sebenarnya untuk diri sendiri dan orang lain. 

Jangan macam umpan sahaja untuk melembutkan hati yang merasai dan telinga yang mendengari. Jangan pancing sesuka hati dengan kata-kata madah 'boleh selalu ada' kalau tahu memang tidak mampu melunasinya. Selalu ada sedangkan banyaknya lesap entah ke mana-mana. Gitu.

Tak perlu guna kata 'janji' kadangang kata penegas itu membayangkan seolah sedang dan sudah berjanji. Bila orang lain sudah berharap itu yang paling berbahaya dan ditakuti. Kena sedar diri. Kena ukur mampunya diri sendiri adakah boleh benar-benar 'selalu ada'.

Kesimpulannya, siapa pun kita,  jangan manislah sangat bila berkata-kata. Biasa-biasa pun tiada salahnya jugakan. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta 
Jangan Cakap SELALU ADA Sedangkan


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama