SEBAB ITULAH JANGAN SUKA TUDING JARI PADA ORANG

SEBAB ITULAH JANGAN SUKA TUDING JARI PADA ORANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TUDING JARI PADA ORANG. MENGATA ORANG. Fuh memang mantap. Biasanya apa yang kita tuding dan kata pada orang hujungnya kita sendiri buat. Hujungnya kena batang hidung sendiri. Meludah ke langit terpercik ke muka sendiri. Aduh. Tak payah pergi jauh kadang PC pun buat. PC pun manusia biasa tapi daripada khilaf yang dilakukan dan kesan yang diterima kita jadi belajar. Belajar sungguh-sungguh. Dah tau salah jangan buat. Kalau dah buat sebelum ni janganlah diulang. Gitu.

Tuding jari memang mudah. Syok. Mana tak syoknya asyik tuding jari pada orang. Orang tu salah, orang ni salah, semua salah dan serba tak kena. Diri sendiri macam mana pulak. Tak pernah buat salah ke. Bijak macam mana pun berselindung, kalau Allah nak tunjuk mahu terduduk termenung terkedu-kedu nanti dibuatnya. Selamat sekarang. Esok lusa belum tentu. Terlepas sekarang, nanti-nanti tidak pasti. Kena ingat tu. Bersyukurlah kerana Allah tolong tutup aib. jadi sedarlah diri, jangan kerja nak tuding jari. Ha gitu.

SEBAB ITULAH JANGAN SUKA TUDING JARI PADA ORANG

Wajarlah kalau mahu berpendapat. Tak salah juga pun kalau mahu mempertahankan diri dan membuktikan salah orang lain, mungkin kita betul-betul tahu orang itu bersalah dan sebagainya tetapi ada hadnya. Berpada-padalah. Balasan ni kadang tak perlu tunggu kat akhirat. Tak perlu tunggu dalam kubur, kalau Allah nak beri peringatan, balasan kat dunia lagi pun boleh terjadi wo. Ko janganlah main-main. Apa yang disemai itu yang dituai. 

Kalau doa yang baik-baik, berharap kebaikkan itu pantul semula kepada kita, sama juga kisahnya kalau kita asyik dok tuding jari pada orang.. dok ngata orang, tak mustahil nanti-nanti kita pula yang buat macam tu. Apa yang kita makan dan apa yang kita cakap itulah punca penyakit. Daripada mulut. Doa yang baik-baik tak mustahil akan datang balik pada kita, doa orang teraniaya pun tidak ada hijabnya.

Dulu ko sampai juling biji mata ngata aku, dulu ko sampai timbul urat leher lerus telunjuk tuding kat dia, eh sekarang macam u-turn la pulak. Sebab itulah jangan suka tuding jari pada orang. Bahaya. Sebelum orang cakap begini lebih baik selalu ingatkan diri ya.

Tinta Perdu Cinta ❤
SEBAB ITULAH JANGAN SUKA TUDING JARI PADA ORANG

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Ye.... tapi jangan lupa... "Telunjuk lurus kelingking berkait"

    BalasPadam
  2. 1 jari tuding pada orang lagi 4 pada diri sendiri kan

    BalasPadam
  3. ya berhati-hati membuat komen kerana selalu jadi ironi pulak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama