SEMOGA MENJADI SATU TITIK KESEDARAN

SEMOGA MENJADI SATU TITIK KESEDARAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALLAH SWT SAYANG. Sayang sangat-sangat dengan kita. Betapa telah banyak hamba-hambaNYA sering berpaling tadah, selalu ingkar, acapkali lalai dengan apa yang telah disyariatkan tetap sahaja pelbagai nikmat terus diberi. Allahu. Sayangkan Allah swt dengan kita. 

Teguran demi teguran. Daripada mulut orang yang menasihati. Daripada ujian demi ujian yang terus kena pada diri sendiri. Pernah tak tanya pada diri sendiri. ''Aku ni dah berubah ke belum''. Setelah banyak dugaan ada ke tidak yang terkesan pada diri kita ni. Paling tidak pun perubahan 50 peratus ke. Atau semuanya seperti air yang menitis dipermukaan daun keladi. Tidak meninggalkan kesan.

Semoga menjadi satu titik kesedaran pada diri sendiri dan orang lain juga. Bila sesuatu terjadi pada diri sendiri, diri sendiri cepat sedar dan orang lain ambil pengajaran. Sama juga apabila berlaku pada orang lain diri kita cakna dan belajar juga. Kalau apa yang terjadi tidak memberi kesan menjadikan kita lebih baik, adalah sangat disayangkan. 

Paling tidak pun adalah walau sedikit rasa sedar diri. Kesedaran bahawa perubahan ke arah lebih baik itu perlu. Macam tak penting tapi apa yang diberi kepada kita bukan kosong dan suka-suka. Macam tu juga yang diberi kepada orang lain bukan saja-saja.

SEMOGA MENJADI SATU TITIK KESEDARAN

Kadang kita tertenya-tanya kenapa dan kenapa berterusan. Sebenarnya jawapannya dah ada. Jalannya pun dah ada. Paling mudah tanya pada diri sendiri. Hati kita susah nak tipu. Yang senang nak tipu-tipu ni lisan kita. Rasa ego terkadang menjadi tembok yang tidak berguna. Tidak berguna kalau ianya menghalang manusia sudah temui titik kesedaran tapi masih berkira-kita duduk atas pagar pening apa yang mehu dilakukan. Padahal dah tahu ini waktu untuk sedar.

Haduh.. haduh.. haduh. Tak semestinya bila kita ditimpa musibah baru fikir owh ini satu titik kesedaran. Kadang tu kan kalau limpahan rezeki Allah swt berikan pun lebih-lebih lagi kena jadikan satu titik kesedaran juga.

Perdu Cinta ❤
SEMOGA MENJADI SATU TITIK KESEDARAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Wkmsalam
    Biasanya kesedaran tu memang ada
    tetapi sangat liat nak lakukan perubahan

    BalasPadam
  2. bila ayah abam kie meninggal sebulan yg lalu, ia menjadi satu titik kesedaran utk abam kie berubah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. hidup ni berubah tiasa itu ini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama