UJIANNYA SAMA TAPI KEPERLUANNYA BERBEZA-BEZA

UJIANNYA SAMA TAPI KEPERLUANNYA BERBEZA-BEZA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ISU BANJIR  masih lagi ada. Masih ada mangsa yang berada di pusat pemindahan mangsa yang disediakan mengikut kawasan masing-masing yang berhadapan dengan masalah banjir ketika ini. Ada kawasan yang sudah surut dan hanya perlu membersihkan kesan banjir ketika ini. Ianya juga bukan hal mudah untuk dilakukan ya. Dalam waktu yang sama masih ada yang terus terperangkap dan memerlukan bantuan dengan kadar paling segera. Nyawa.

Ujiannya sama tapi keperluannya berbeza-beza. COVID19 masih ada. Hati-hati semua ya lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini masing-masing harus berkumpul beramai-ramai dalam satu tempat demi menyelamatkan diri dan untuk mendapatkan tempat perlindungan dan kediaman sementara waktu. Waalu mungkin tidak dapat dielak duduk berasak-asak, namun tetap terus berdoa untuk Allah lindungi kita semua.

Kelantan. Terengganu. Pahang. Selangor [Lembah Klang, Shah Alam, Petaling, Hulu Langat]. Perak. Negeri Sembilan. Melaka. Di Pahang ada adik ipar PC. Di lembah Klang ada anak jiran PC. Di Hulu langat ada kawan dulu masa PC kerja. Di Terengganu ada kawan dari zaman sekolah PC. Dari pelbagai negeri dan tempat serta kawasan. Ujiannya sama iaitu banjir tetapi keperluannya berbeza-beza satu dengan yang lain. 

UJIANNYA SAMA TAPI KEPERLUANNYA BERBEZA-BEZA

Ada yang memang dahsyat banjirnya sehingga berbaki lebih kurang sejengkal sahaja bumbung rumah yang kelihatan. Ada yang cuma paras lutut air naik dan masuk hari kedua semuanya kembali pulih, air surut yang tinggal hanya lumpur tebal. Ada juga sehingga kini menghadapi masalah banjir termenung. Bila saling berkomunikasi keperluan mereka ini berbeza-beza. Ada yang seratus peratus memerlukan makanan, tempat tinggal dan pakaian juga. Ada juga yang hanya perlukan bantuan untuk membersihkan kawasan dalam dan luar rumah. Dan ada diantara mereka ini cuma minta sentiasa disokong dengan doa dan kata-kata semangat.

Setiap orang memerlukan bantuan yang berbeza-beza ikut keperluannya. Bantuan sentiasa ada, dapat atau tidak berbalik pada yang mengurus dan hujungnya sama ada rezeki atau bukan rezeki mangsa sahaja. Allah itu SENTIASA MELIHAT. Malaikat itu tidak lelah mencatat. Nak bising-bising pun tidak ada gunanya.

Satu sahaja, kalau dilihat pada pandangan mata kasar, ujian banjir ini melibatkan beberapa buah negeri dan kawasan-kawasan tertentu di dalamnya. Namun kalau diperhalusi ianya adalah ujian untuk semua rakyat Malaysia khasnya. Bahaya juga sebenarnya.Mangsa bencana alam. Mangsa media sosial. Setiap hari mata hati perlu lebih besar dan cerewet memilih apa yang mahu dimaklumi sebagai berita. 

Tinta Perdu Cinta ❤
UJIANNYA SAMA TAPI KEPERLUANNYA BERBEZA-BEZA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama