CONDONGKAN KE TUHAN

CONDONGKAN KE TUHAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Ibu ayah
Condongkan anakmu ke Tuhan
Condongkan sungguh-sungguh 
Agar menjadi asas kukuh 
Sukar untuk roboh

Suami isteri 
Isteri suami
Condongkan sama-sama ke Tuhan
Condongkan betul-betul 
Teras membangun rumahtangga
Menjadi sakinah mawadah warahmah 
Amanah dengan janji akad
Ijab qabul

CONDONGKAN KE TUHAN

Manusia
Tanah bernyawa
Ada rohnya
Dalam jasad 
Sambung terus
Condongkan diri sendiri 
Kepada Tuhan
Bukan cuma sekali
Sepanjang hayat

Siapa pun
Hidup begini
Barangkali mati begitu
Tiada yang tahu bagaimana 
Awalnya
Asasnya
Jalan selamat
Cara sihat
Condongkan dirimu kepada TUHAN

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
CONDONGKAN KE TUHAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tanah bernyawa dengan izin-Nya

    BalasPadam
  2. Codonglah kita ke tuhan,
    Kerna akan bertemu dengannya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas peringatan ini PC..
    semoga sentiasa cendong ke Allah.. Walau dalam apa jua keadaan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama