SENTIASA SERTAKAN DALAM DOA

SENTIASA SERTAKAN DALAM DOA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PENTING. Banyak hal penting dalam hidup kita yang tidak boleh disisihkan. Kadang sampai bingung, ni penting ke tidak. Jadinya semua jadi penting apatah lagi kalau memang betul-betul penting. Itu lebih baik daripada hal penting dianggap tidak penting dan diremehkan. Bahaya.

SENTIASA SERTAKAN DALAM DOA

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

(Asy-Syu'araa' 26:83)

Berdoa. Setiap kita tentu sekali berdoa. Ada sahaja yang kita mahukan. hajat. Setiap orang ada hajat. Ada impian. Semua dimuntahkan menjadi doa-doa yang tidak lekang daripada lisan dan hati kepada Allah swt. Mintalah dan DIA akan kabulkan dengan caraNYA yang tersendiri. 

Dalam banyaknya doa yang kita minta dan sebutkan setiap hari, jangan tinggal minta dan doa kepada DIA agar diberi ilmu pengetahuan agama yang sebaik-baiknya. Kalau kita belajar dan mendalami ilmu agama mudah faham. Mudah juga untuk dilaksanakan. Kalau belajar. Kalau faham. Kalau tahu tapi tak buat susah juga.

Jangan tuntut ilmu agama semata-mata mencari darjat mahu dipandang mulia oleh orang lain. Kemudian dengan mudahnya me''neraka''kan orang. Pun tak boleh juga. Lebih sedih semakin banyak ilmu agama eh semakin buruk dan merudum kualiti akhlaknya. Janganlah. Biar ilmu yang kita tuntut itu sedikit tapi berterusan kemudian disulam dengan perubahan-perubahan ke arah lebih baik. lebih banyak kebaikkan yang dilakukan. Jadi ilmu tu tak sia-sia gitu.

Terang hati untuk terima ilmu agama. Sentiasa didekati oleh orang-orang yang soleh. PENTING SANGAT. Akhir zaman apa lagi yang kita harapkan. Apa bekalan yang nak kita bawa bila mati nanti. Minta dijauhkan daripada rasa-rasa yang membinasakan. Sungguh. PC taku kalau hujung usia menjadi manusia yang semakin ingkar. Takut sangat-sangat. Takut kalau diri ni lebih condong ke lalai bukannya semakin sedar diri. Nauzubillah. Ya Allah. 

Semoga Allah swt sentiasa lindungi kita semua daripada tidak menjadi hamba yang lupa diri dan tidak cinta pada maksiat juga dosa. Aamiin. Jumat terakhir dibulan Januari.

Tinta Perdu Cinta ❤
SENTIASA SERTAKAN DALAM DOA  




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. berdoa yg baik2 n ulang selalu

    BalasPadam
  2. Doa yang perlu selalu diulang-ulang.. terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama