MENJADI DAMBAAN

MENJADI DAMBAAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA BANYAK. Menjadi dambaan hati. Keinginan. Itu ini. Kalau boleh nak penuhi satu persatu. Makanan. Pakaian. Pasangan bagi yang belum berpasangan. Zuriat bagi yang belum dikurnia zuriat. Apa lagi. Wah, senang cakap banyaklah. Ada keperluan dan ada juga kehendak. Semua menjadi dan ada dambaan. Cuma bezanya dihebohkan atau cuma disimpan dalam hati sahaja. Senarai semakin bertambah.

Hidup ada matlamat. Allah hidupkan kita ada sebabnya. Bila kita hidup pun kena jugalah ada matlamat. Untk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Itu di dunia. Jangan lupa kena tambah lagi satu matlamat hidup di dunia tapi bawa senangnya sampai akhirat. Boleh ke tak boleh. Haa.

MENJADI DAMBAAN

Menjadi dambaan.

Mungkin ada yang hidupnya mencari dan memerlukan populariti untuk menyambung kehidupan. Mungkin juga tidak sengaja cara hidup dan bawaannya menjadi dambaan orang lain tanpa dirinya minta dan tanpa apa-apa harapan. Ada orang ramai orang dambakan kehadirannya. Dan boleh sahaja terjadi sebaliknya. Orang tidak suka akan kehadirannya. Sedih kalau sampai tahap macam ni. Lain orang lain fokusnya.

Ada senangnya dan kesukarannya. 

Jadilah seseorang yang ketika kamu lahir, semua tertawa dan hanya kamu yang menangis. Lalu ketika kamu mati, semua orang menangis dan kamu tersenyum.

Lumrah, menyambut kelahiran itu diiringi air mata. Air mata kesyukuran, bahagia dan gembira. Setiap kelahiran itu rezeki yang membawa rezeki lainnya juga. Ianya menjadi satu detik yang sangat senang terjadi dan senang berlaku. Namun bagi PC adalah sangat sukar menjadikan semua orang menangis ketika kita sudah tidak ada tetapi kita ni yang dah meninggal tersenyum dan berasa gembira terbayang syurgaNYA.

Menjadi dambaan setiap orang matinya benar-benar ditangisi sedangkan kita sedang tersenyum dan ketawa melihat indah ganjaran nikmat yang menanti. PC mengharapkan bila PC mati, PC tersenyum lega melihat syurga. Tempat terakhir PC beristirehat. Paling takut kalau kita masih hidup tapi orang mengharapkan kita mati cepat atau lebih baik mati. kalau dah dekat dunia git, macam mana penerimaan alam kurur dan di mahsyar nanti. Allahu. Kita sekarang mempengaruhi bagaiamana kita nantinya.

Tinta Perdu Cinta ❤
MENJADI DAMBAAN 




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. mendambakan kebaikan di dunia n akhirat

    BalasPadam
  2. betul sgt tu. masih ada satu dua lagi yang menjadi dambaan hati. mudah2an akan tercapai.

    BalasPadam
  3. fokus saya nak rapatkan diri denganNya serapat-rapatnya. masa kat dunia ni tak banyak manapun, kalau tak dimanfaatkan allahu ruginya

    BalasPadam
  4. Moga pengakhiran kita indah. Aaminn.

    BalasPadam
  5. Sungguh terasa dambaan saat terakhir itu, PC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama