JODOH DAN PASTI

JODOH DAN PASTI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sebut jodoh, tidak hanya tertumpu kepada kisah pertemuan seorang lelaki dengan seorang wanita sahaja. Jodoh ni merangkumi banyak aspek dalam kehidupan. Tidak hanya melibatkan perasaan cinta. Saling berkasih sayang sesama makhluk juga bermula daripada jodoh.

Bertemu dengan ramai orang atau sesiapa sahaja belum tentu salah satunya menjadi jodoh kita. Tapi kalau memang itu jodoh kita Allah swt akan permudahkan dan dekatkan dengan kita. Termasuklah sesama makhluk. 

JODOH DAN PASTI

Allah swt atur jodoh kita dengan sangat-sangat cantik dan terbaik. Sama ada  dengan insan, dengan haiwan, dengan tumbuh-tumbuhan atau dengan dugaan hidup. Kalau hari ini ada yang susah hati masih belum bertemu dan belum dapat berdamping dengan pasangan yang halal, tidak mengapa kerana PC yakin Allah swt jodohkan kita bertemu dengan kawan-kawan yang baik. Orang sekeliling yang memahami. Kalau sekarang kita belum dikurniai zuriat bererti belum berjodoh lagi untuk kita bertemu dengan anak kita di dunia. Mana tahu jodoh nanti di syurga kan. Dan sekarang Allah jodohkan dengan pasangan kita yang baik tidak menjadikan belum ada zuriat sebagai alasan untuk tidak terus hidup harmoni dalam rumah tangga.

Jodoh dan pasti. Bila?. Bila usaha dan doa-doa kita diangkat ke langit dan sampai kepada Allah swt. Semuanya ada prosesnya yang perlukan kesabaran. Kadang doa kita tidak diangkat tapi doa orang lain yang tolong doakan kita itu yang diterima olehNYA. Kadang doa kita naik separuh jalan je, eh turun semula.

Paling pasti. Tuhan tidak pernah menolak doa-doa kita. Jodoh dan pasti. Nanti.

Tinta Perdu Cinta ❤
Jodoh dan pasti 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. SEMOGA DIPERTEMUKAN JODOH SERASI

    BalasPadam
  2. Semoga ada jodoh yang pasti untuk SA..ehhhh...hehehe

    BalasPadam
  3. semua nya dah tertulis sejak azali. allah je yg tau kan.

    BalasPadam
  4. betul. Jika ada jodoh tiba masanya pasti hadir.

    baru baru profile PC. orang BP jaa.

    BalasPadam
  5. terkenangkan program apa ntah, tapi ebby yus tetamunya.
    dia kata, dia ada keinginan utk kawin, dan pernah sekali la hampir nak kawin.
    tapi tak menjadi. takde jodoh.

    dia kata, jodoh di tgn Allah. kena yakin.
    and paling best part dia kata, kita bertemu jodoh dan berkahwin. sebulan lepas tu, pasangan kita meninggal. sendiri lagi kita. dan selamanya. adakah itu dikatakan takde jodoh bila bersendirian?
    satu point utk kita berfikir kan.

    apa yg penting, doa dan usaha. moga ditemukan dgn jodoh yg baik.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama