Benarkah Semakin Lama Kita Semakin Kekurangan Kawan

BENARKAH SEMAKIN LAMA KITA SEMAKIN KEKURANGAN KAWANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Ini yang PC rasakan. Semakin lama jumlah kawan PC semakin berkurangan. Lingkungan semakin mengecil. Adakah ianya disebabkan faktor usia. Atau mungkin kerana masing-masing sudah ada tuntutan hidup masing-masing yang dulunya berjanji sampai tua kita berkawan pun dah ghaib entah ke mana dan entah juga di mana. Atau sebenarnya sekarang seiring usia apa yang paling penting kualiti bukan kuantiti untuk kekal bersama-sama kawan-kawan kita. 

Lebih parah dan sedih ada kawan kenal dan cari kita bila mahu menjual sesuatu dan mempromosikan sesuatu. Tidak pun dengan niat mahu meminta pertolongan. ukan tidak boleh, boleh-boleh sahaja awak nak berjual beli dengan kawan-kawan, boleh juga kalau mahu minta pertolongan, namun tidak manis juga kalau tanpa berbasa basi sedikit. 

Jangan cari dan baru ingat atau kenal kawan dan saudara mara bila ada mahunya dan dalam kekusahan sahaja. Jangan macam tu. Bahaya sangat. Ada orang memang tak kisah dengan cara macam tu, tapi ada orang sangat kisah akan hal seperti ini. Jadi jangan berkecil hati bila apa yang awak mahu dan hajatkan tidak kesampaian atau sebaliknya awak yang kena tazkirah pedas secara terbuka dan sangat-sangat percuma daripada kawan awak ya. Suatu masa kita sangat perlukan kawan yang ramai. 

Lebih ramai kawan lebih meriah sebenarnya. Tengok masa kita kecil, ramai kawan-kawan kita. Meriah sangat-sangat. Bila kita kerja, bertambah lagi kawan kita, kawan zaman sekolah, kawan zaman kerja, itu belum lagi bila sudah berkahwin, duduk sendiri dengan suami ada jiran tetangga pula. Hidup kita ini boleh dikatakan sangat mudah dan mewah dengan jalinan ukhuwah.

Seiringnya waktu, ada yang masih ada. Dan ada yang telah kembali kepada Pencipta kawan-kawan kita. Kadang yang masih ada pun tidak semuanya masih mahu berhubung dengan kita. Sudah berada dihaluan masing-masing juga sebenarnyakan. Faham. Lumrah kehidupan. Kadang kita tetap perlu terima dan mencari kawan baharu yang lain, yang lebih serasi dan sesuaian dengan cara dan keperluan hidup terkini kita. 

Perubahan akan sentiasa berlaku dan dilakukan. Ianya terjadi dan dialami oleh ramai orang. Kawan yang ada walau sedikit, kita jaga dan hargai satu dengan yang lain. jadilah kawan yang baik, jujur dan ikhlas. Sama-sama saling ada ketika diperlukan dan memerlukan. Selalu menjadi pohon yang rendang dan dahan yang paling teguh untuk satu sama lain. Hidup ini singkat, tidak mengapa kalau kawan kita cuma sedikit asalkan bermanfaat di dunia hingga akhirat. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
Benarkah Semakin Lama Kita Semakin Kekurangan Kawan 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Bila umur dah banyak nie kadang Kak Sue dah tak kisah sangat sapa yang datang dan pergi. Cuma berjaga-jaga saja kalau jenis yang nak ambil kesempatan..

    BalasPadam
  2. Na pula, yang ada je Na jaga. Yang pergi biarlah pergi.

    BalasPadam
  3. Betul semakin berkurang, circle semakin mengecil. Kita jaga yang berkualiti je.

    BalasPadam
  4. setuju , bila dah meningkat dewasa semua focus dgn tuntutan masing masing kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. da betul sgt dah ni.
      nasib baik now ada media sosial.
      still boleh folo perkembangan masing2 di secara maya.

      Padam
  5. sedih kalau ada yg jenis ambil kesempatan.. kawan2 semua jauh2 tapi dekat di hati insya allah

    BalasPadam
  6. setuju!!! makin berusia.. makin kehilangan banyak kawan2 sepermainan...

    BalasPadam
  7. Kawan biasa ramai tapi kalau yang rapat takpelah kalau sikit pun. Janji berkualiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la. nak cari yg berkualiti tu yg payah.
      lelebih bila da berumur ni hah, asben tu la bff selamanya.

      Padam
  8. pendapat aida, bukan berkurang kawan. tapi kurang masa utk kita bersosial bersama kawan.
    so nampak kita mcm takde kawan :)
    masing2 sibuk dgn urusan hidup, kerja, keluarga, hobi baru. nak berjumpa, bersosial bersama sgt terhad, PC. aida faham apa yg PC tulis tu. dulu kita bermain bersama, belajar bersama, rapat. tapi faktor kehidupan yg dikatakan 'life goes on' mengubah segalanya.

    mcm aida sekarang. da 12 tahun dalam jabatan, kami yg 7-8 tahun dulu sebumbung ofisnya, rapat. now, da merata-rata kena transfer. to get back reunion, tak menjadik-jadik dek pandemik tak abis-abis. tu satu perkara. kedua, bila dlm compound ofis yg sama, seminggu tak berjumpa pon ada, PC. tak sarapan sekali. tak lunch sekali. sebab semua busy dgn anak2 skola. bila meeting, baru la semua cerah mata dpt berjumpa.

    aida pun rasa, aida da takde kawan dah tau kekadang. but in realiti, tak begitu. kita busy dgn anak-anak dan suami. semua benda kita buat bersama with these people. moreover, aida and famili ada hobi baru sekarang, lebih la kita komitkan diri kepada hanya kita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama