DAPATKAN ILMU MELALUI MEDIA SOSIAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA BANYAK. PILIH YANG BETUL DAN TEPAT. AMBIL ILMU YANG BAIK. AMALKAN. Dulu mungkin terhad. Nak dapatkan ilmu kena keluar rumah. Berkumpul di mana-mana tempat yang disediakan khas untuk ada guru datang dan mengajar. Lebih dikenali sebagai kelas dewasa.
ya, kelas dewasa. Tapi ramai je datang bawa anak-anak. Santai. Tak kisahlah kelas agama. Kelas jahitan. Kelas masakan. Kelas buat segala jenis biskut dan kek. Sebab dulu PC selalu ikut mama pergi kelas-kelas macam ni. Sampai kelas buat gubahan bunga pun mama pergi PC ikut. Lama-lama mama pergi sendiri dengan geng kayuh basikal dia dan PC duduk rumah diam-diam main dengan adik-adik PC.. *adik kucing*. Tentunya PC berperanan sebagai seorang kakak yang paling baik hati dan kreatif lagi terlajak rajin.
Sekarang pun masih ada banyak kelas-kelas kemahiran dibuka dan ditawarkan juga baik secara terus atau secara dalam talian. Ada yang percuma dan ada juga yang dikenakan bayaran yuran khas. Kalau dulu memang seratus peratus percuma. Kadang bahan-bahan pun siap disediakan juga. Menuntut ilmu. Inilah persamaannya. Sekarang lebih canggih tapi bukan bererti yang dulu-dulu tidak bagus. Bagus juga. Sangat berkualiti juga.
Dulu modal besarnya tenaga.Kayuh basikal panas hujan redah. Kalau yang naik motosikal tu modal minyak petrol. Tapi sekarang modal besarnya selain duit yuran, adalah modal wifi. Menuntut ilmu melalui dalam talian memang tidak dapat dielakkan daripada mesti memiliki khidmat wifi yang berkualiti. Koata yang besar dan tak asyik tersangkut-sangkut.
Bila semuanya serba mudah. Serba dihujung jari maka jangan hairan kalau kita dapatkan ilmu melalui media sosial dengan sangat mudah. Tinggal pilih sahaja. Cari yang betul, tepat dan jelas. Ikut dan amalkan yang baik. Sambil makan boleh tengok, sambil baring atas katih boleh belajar. Sambil buang air besar pun boleh cari fakta. Mudah sangatkan. Cuma terpulang pada diri sendiri je. Nak atau tidak.
Tidak semua media sosial itu bawa dampak buruk pada kita. Google. Youtube. Twitter. Facebook. Instagram. Telegram. Banyak lagi. Tidak semua isinya negatif. Kalau kita bijak memilih in sya Allah dapat ilmua yang baik juga. PC sendiri pun rajin tengok ceramah-ceramah agama melalui Youtube. Ilmu-ilmu masakan. Jahitan. Cuma minat atau tak je sebenarnya. Apa yang dicari itu yang mendekat. Jangan terpedaya kerana untuk memperdaya sekecil apa pun ruang akan digunakan sebaiknya. Hati-hati. Ada ramai yang berkongsi ilmu bermanfaat di media sosial. Galilah.
Tinta Perdu Cinta ❤
DAPATKAN ILMU MELALUI MEDIA SOSIAL
Tags:
Santai
Betul tu PC.. Kak Sue pun tengah plan nak cari kelas ngaji online nie sebab ustazah yang selalu ngajar dah pindah jauh pulak..
BalasPadamYA BANYAK PERKONGSIAN ILMU BERMANFAAT DI MEDSOS PILIH YG BAIK2 SAJA
BalasPadamApa pun orang cakap negatif tentang medsos... Uncle memang banyak cedok ilmu dari medsos...
BalasPadamPilihan ditangan kita cari gali yang baik InSyaAllah akan dapat yang baik-baik.
BalasPadamKalau pilih yang buruk maka buruklah jadinya.
betul tu. baik yang dicari, baiklah yang kita dapat. InsyaAllah
BalasPadamBetul tu PC. Media sosial banyak juga kelebihan asalkan tahu menilai mana baik mana buruk
BalasPadamCari yang baik, banyak manfaat yang kita dapat
BalasPadampada aida, baik ke buruk ke, dari kita. sebab kita yg mencari, kan. kena la tau baik buruknya dulu. hmmmmm da dewasa, tau la kot bezanya :)
BalasPadamaida aktif di blog. lain2 media sosial sederhana saje.
kebetulan last week aida akhirnya bagi izin kpd anak2 dara utk register fb & ig. aida yg register kan and ajar diorang. basically, diorang da tau. just izin tak dpt, takde la diorang explore lelebih. ramai kawan2 diorang da ada dah 2 media sosial ni.
1001 ilmu. even now nak ulangkaji pon, youtube byk membantu. kita folo fb yg baik2. grup resepi. grup hiking. grup camping. grup matematik ke kan. pada aida, byk baiknya dari tak baik. in shaa Allah.