TANPA TAJUK

TANPA TAJUK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SURAT MESTI ADA perkara yang menjadi tajuk. Buku ilmiah atau akademik mahupun novel dan sebagainya pada kulit luarnya yang pertama itu ada tajuknya. Nama kita itu seperti tajuk untuk diri kita. Setiap blogger mesti pilih nama terbaik untuk dijadikan nama blog masing-masing. 

Ustaz, ustazah nak beri ceramah mesti minta tajuk daripada pihak penganjur. Penting ke taju ni. PENTING SANGAT-SANGAT supaya tidak terbabas. Supaya tidak merapu ke mana-mana bila ulas atau memberi penjelasan akan suatu hal yang timbul dan dipertanyakan. Guru disekolah  pun mengajar berdasarkan tajuk daripada bab ke bab. Dululah zaman PC sekolah. Mungkin kalau sekarang caranya dah berubah PC minta maaf ya.

Farmasi pun kalau nak beri ubat kepada pesakit ikut jenis ubat yang ditetapkan oleh pegawai perubatan. Setiap bekas ubat tu pun mesti ada tajuk atau nama diakan. Kalau tanpa tajuk macam mana ya. Apa akan jadi. Boleh ke tanpa tajuk. Bagi PC menimbulkan banyak masalah bila tanpa tajuk. Kalau apa yang ditulis, ditaip kita banggil tajuk tapi kalau berbicara sembang santai kita panggil la topik. Nampak tak. Gitu.

TANPA TAJUK

Berita yang ada tajuk pun kadang orang sambil lewa sahaja kurang berminat meahu membaca, bayangkan kalau sesuatu yang sangat memerlukan tajuk tapi tanpa tajuk. Tak ke pening berbintang dibuatnya. Ke mana hala tujunya jalan cerita. Mungkin ada yang boleh lakukan atau ikut sahaja arus tanpa tajuk tapi tidak untuk PC.

Tanpa tajuk, ibarat memandu kenderaan tapi tidak tahu ke mana hendak di tuju. Ibarat masuk ke restoran tapi tidak tahu mahu memilih menu apa untuk dimakan. Seperti mahu menghadiri majlis tapi tidak tahu alamatnya di mana. Tajuk boleh menjadi garis panduan untuk kita. Jika tajuknya A, cerita A. Begitulah seterusnya dalam urusan apa pun itu. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TANPA TAJUK



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tajuk ni penting sebab nak tackle pendengar / pembaca.
    and tajuk ni penting agar sesuatu tu ada hala tuju. tak menyimpang, kan :)

    tapi betul la tu. dari tajuk, org da boleh buat kesimpulan.
    tak kuasa nak baca isi kandungan, tapi terus buat kesimpulan hmmmm...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama