LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

LEMAK CILI API SIPUT SEDUT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sesekali layan lemak cili api siput sedut. Ya, sesekali ok. Selalu bahaya. PC ambil masa sangat lama nak makan siput sedut ni semula setelah mengalami kejadian ngeri suatu ketika dahulu. Entah macam mana dulu sedut punya sedut terlepas sampai tertelan dengan cengkerangnya sekali. Syukurnya masa tu siput sedutnya kecil-kecil. Babah bawa pergi klinik. Alhamdulillah semuanya ok.

LEMAK CILI API SIPUT SEDUT
Potong bontotnya biar senang nak sedut isinya
Basuh bersih-bersih

LEMAK CILI API SIPUT SEDUT
Lemak cili api siput sedut

Sesekali makan nikmat. Lagi kalau balik kampung kumpul ramai-ramai. Dah macam pertandingan sedut siput sedut tanpa syarat wo. Macam-macam gaya ada. Yang tak pandai makan. Tak pandai sedut memang mencopong la. Paling tidak pun jadi tukang sorak je. Tak pun tukang sediakan air kot ada yang tersedak.

Dulu siput sedut ni sekilo baru sen-sen je.. sekarang itu semua mimpi.

Begitulah hidup.

Tinta Perdu Cinta ❤
LEMAK CILI API SIPUT SEDUT





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Sedap sangat ni siput sedut lemak cili api. Sekarang bukan main mahal harga siput sedut.

    BalasPadam
  2. Saya ni dah tua pun masih tak pernah cuba makan siput sedut 😅
    Tertelan cengekerang tu, doc keluarkan atau biar je ya? Seram jugak mikirnya.

    BalasPadam
  3. SEDAPNYA SIPUT NI TAPI XPERNAH RASA

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama