DAYA TARIKAN

DAYA TARIKAN | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Setiap sesuatu yang Allah swt ciptakan di muka bumi ini ada daya tarikan yang tersendiri. Apakah daya tarikan yang ada itu cuma mampu diterjemah oleh mata yang melihat,telinga yang mendengar dan getaran naluri yang berbeza-beza. Justeru tidak hairan mengapa molek dipandangan kita tidak molek dipenglihatan orang dan sebaliknya juga yang boleh terjadi.

Pentingkah daya tarikan. Ada daya tarikan semulajadi yang memang Allah swt beri sedari lahir lagi. Ada juga memupuk atau mewujudkan daya tarikan kerana kehendak sendiri. Sengaja dirancang dengan tujuan atau matlamat tertentu. Mengapa tidak asalkan tidak melangkau batas hukum atau syariat yang sedari awal telah ditetapkan lagi. Niat tidak menghalalkan cara.Tapi kalau niatnya betul inshaAllah akan sentiasa mencari dan menggunakan cara yang tepat. Aamiin.

Daya tarikan.

Suatu masa dahulu PC tidak pernah pun peduli perlunya ada daya tarikan yang perlu diterapkan ketika berblog. Lebihnya kepada sikap syok sendiri. Mana yang cantik,mana yang berkenan,mana yang ngam.. itulah yang dipilih. Walhal ketika membangun sebuah blog walau cuma sampingan atau sekadar hobi mengisi masa terluang, membangun daya tarikan itu sangat penting. Kalau pun bukan untuk menarik perhatian orang lain.. sahabat-sahabat blogger lain untuk singgah ke blog kita.. ciptalah daya tarikan untuk diri kita sendiri agar rasa sayang dan suka untuk sentiasa melihat blog dan berkongsi sesuatu dengan perasaan bahagia.Kalau diri sendiri tuan punya tidak rasa tertarik,, bagaimana dengan orang lain. Agak-agak tertarik tak.

related image
Daya Tarikan | Google Image

Minimalis atau sarat itu pilihan masing-masing. Selera dan kesukaan setiap individu tidak sama. Cuma boleh memberi pandangan,nasihat atau mungkin teguran namun selebihnya bergantung pada keputusan diri sendiri. Kuat atau lemah daya tarikan yang ada pada blog kita itu bukan urusan kita sepenuhnya, kerana setelah melakukan yang terbaik, tidak lain tidak bukan tetap harus berserah pada rezeki juga. InshaAllah,bila sesuatu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.. berganda-ganda juga Allah lebih bersungguh bantu kita.

Pilihlah kata-kata yang baik. Susunlah lenggok bahasa yang sopan. Khilaf itu lumrah, daripada khilaf itu jadikan pengajaran. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
Daya Tarikan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama