JADIKANLAH BENTENG SUPAYA TIDAK TERLANJUR

JADIKANLAH BENTENG SUPAYA TIDAK TERLANJUR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA BANYAK. Boleh dijadikan benteng dalam kehidupan seharian. Bila ada benteng kita tidak keterlaluan. Tidak lebihi batas dalam apa pun itu. masing-masing ada benteng masing-masing untuk hindari diri dari lakukan perbuatan yang kurang manis.

Pencipta Yang Maha Berkuasa. Pertama sangat-sangat. DIA sentiasa melihat. Malaikat selalu mencatat. Mungkin kita sahaja yang selalu terlupa akan hal ini kan. PC pun tak terkecuali. Bila sentiasa ingat Allah. letak Allah dihati dan fikiran kita, in sya Allah fikir banyak kali atau hal yang tidak baik tu tak payah fikir langsunglah untuk dilakukan.

JADIKANLAH BENTENG SUPAYA TIDAK TERLANJUR

Agama. Setiap agama mengajarkan penganutnya untuk sentiasa taat. Selalu patuh pada apa yang disuruh. Jangan buat apa yang dilarang. Setiap kita adalah duta kepada agama kita masing-masing. Bila orang sinis terhadap kita, agama yang akan dinilai terlebih dahulu. Dalam agama ada mengajarkan hal akhlak dan pelbagai hal lagi. 

Ingat ibu bapa sentiasa. Tak kisahlah sama ada ibu bapa kita masih ada atau telah tiada. Tetap ingat kerana kita ni sebagai anak adalah cerminan mereka. Kalau kita tak molek perangai mesti ibu bapa kena dulu. Mesti orang salahkan ibu bapanya paling awal. Jadi, bila nak buat apa-apa tu ingat ibu bapa kita. Kesiankan mereka. Mereka ada maruah.

Ada pahala dan syurga. Ada juga dosa dan neraka. Ada hari akhirat untuk menerima nikmat atau pembalasan yang sangat azab. Rasa takut ini boleh jadi benteng. Sungguh. lagilah kalau dengar dah ada rasa gerun makan ingat selalu semua ini. Memang kita ni mudah lupa. Kadang awalnya macam sungguh-sungguh, eh pertengahan jalan boleh pulak merapu entah apa-apa.

Mati itu pasti.Terlanjur kata-kata. Terlanjur tindakan atau perbuatan boleh dielakkan dan diminimumkan kala kita sentiasa ingat mati. Takut tak sempat minta maaf. Bahaya woo. Lagi la kalau jenis kumpul, tunggu raya baharu minta maaf. Bila ingat mati ianya boleh jadi benteng supaya kita tidak terlanjur dalam hal apa pun itu. In sya Allah diri kita selamat. Aamiin.

Apa yang baik, ambil dan jadikan benteng supaya tidak terlanjur.

Tinta Perdu Cinta ❤
JADIKANLAH BENTENG SUPAYA TIDAK TERLANJUR 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama