SELAMAT TERIMA VAKSIN DOS PENGGALAK

SELAMAT TERIMA VAKSIN DOS PENGGALAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALHAMDULILLAH. Semalam 13 januari 2022. PC dan encik suami selamat dan selesai terima vaksin dos penggalak. Setakat ini sudah lengkap tiga suntikan vaksin Covid19. Seronok sebab kali ni dapat sekali sama-sama dengan encik suami. 

Sebelum ini untuk dos pertama dan kedua kami asing-asing di bulan yang berlainan juga. Kali ini rezekilah. Mudah. Terima kasih Allah permudahkan semuanya. Bila sebut suntikan. Vaksin, tentu sahaja ada kesan yang dirasai. Perubahan pada tubuh bermula daripada suntikan pertama lagi. 

Pfizer daripada awal moga kesannya lebih dan bertambah baik pada tubuh badan PC dan encik suami serta kita semua. Setakat hari ini, detik ini apa yang dirasai adalah lengan dan bahu masih lagi rasa sengal. Memang sengal. Tapi masih ok. Encik suami pun sengal lengan dan bahu juga.

Lega rasanya bila sudah selesai dan selamat terima vaksin doa penggalak. Dewasa ini banyak kedengaran pendapat masyarakat dan individu-individu tentang vaksin. Bagi PC mudah sahaja. Sifirnya sangan ringkas dan senang difahami. Dengan syarat bertindak matang.

Setiap orang ada pandangan masing-masing. Kalau awak rasa tidak mahu mengambil atau menerima vaksin, terserah tapi jangan sampai menghasut orang lain. Jangan mempengaruhi orang lain ikut cara dan tindakkan kita. Kalau awak mahu mengambil atau menerima vaksin, cukup terima dan niatkan sebagai usaha kerana Allah swt. Jangan musuhi orang lain yang tidak mahu vaksin. Mudahkan. Ringkas je.

Jangan bermusushan dan saling menjatuhkan kerana vaksin. Virus COVID19  ini sudah teramat menguji kita semua, jangan kerana sikap kita Allah tambah lagi ujian dan menarik lebih banyak nikmat sedia ada. Jumaat indah untuk semua.

Tinta Perdu Cinta ❤
SELAMAT TERIMA VAKSIN DOS PENGGALAK


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. dpt date skali ngan husband tu senang dpt pi sama2 kan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah PC dan suami. Semoga sedikit usaha kita ini ada hasilnya pd negara.

    BalasPadam
  3. Alaaaa kita tercancel plk aritu.. Igt nak amek AZ tp pk blk.. Ermm better jgn amek sama vaksin yg sama ngan 1st n 2nd..maka nya mari la kita walk in aje esk kt klinik bdkatan hahaha

    BalasPadam
  4. Betul tu PC.. hormat padangan masing-masing. Tapi Kak Sue belum ambik lagi..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama