MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN

MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Tentu sahaja di rumah kita ada suis lampu. Ada plug di mana-mana untuk memudahkan menghidupkan perkakasan elektrik untuk aliran elektrik menyambung dan dapat dibekalkan dengan baik. Kalau dulu mungkin banyak menggunakan arang sebagai bahan bakaran tapi sekarang barang elektrik berleluasa digunakan untuk memudahkan urusan di rumah. Mudah. Tinggal on suis sahaja. Tapi setiap bulan jangan lupa bayar bil elektrik. Tunggu. 

MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN

"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

(Asy-Syu'araa 26:81)

Jari jemari ringan petik suis. Ikut keperluan dan kehendak. Betul tak. kadang dah selesai guna pun suis masih tidak dimatikan. Itu kita mengaplikasikan kemudiahan yang ada di dunia ini. Segenap inci kemudahan kita gunakan. Bezanya kita guna dengan cara yang bijak atau sebaliknya hingga menjadi satu pembaziran. Sedarkah kita akan hal ini.

Ini kita manusia. Apatah lagi Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Allahu Allah. Segalanya tertakluk pada perintahNYA. Kepada sesiapa pun. Untuk siapapun dan pada bila-bila masa sahaja. Termasuklah satu perkara yang sangat  penting dan mesti kita yakini iaitu kuasaNYA mematikan dan menghidupkan kita manusia dan sekalian makhluk yang bernyawa. Tumbuhan. Haiwan. Semuanyalah.

Dihidupkan di dunia. Kemudian dimatikan. Dan akan kembali dihidupkan abadi selama-lamanya tiada hada dan tiada lagi kata kematian. Cuma bezanya ketika kita hidup kekal selamanya itu sama ada dalam keadaan sangat bahagia atau sangat menderita.

Tolonglah percaya dengan alam kubur. Alam akhirat. Tolonglah ingat hujungnya ada balasan, supaya PC dan kita semua sentiasa berusaha menjadi hambaNYA yang baik. Jangan sia-siakan apa yang telah dijanjikan. Baik awak buat berganda kebaikkan awak dapat. Paling penting Nabi Muhammad saw sentiasa mahu membantu umatnya.

Masih ada masa tapi belum tentu masa itu untuk kita.

Tinta Perdu Cinta ❤
MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama