MENCARI HIKMAH

MENCARI HIKMAHبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Daripada kebaikkan mencari dan mendapat kebaikkan itu ada. Selalu ada. Tapi lazimnya bila disebut mencari hikmah ianya bermula daripada apa sahaja bentuk musibah, ujian atau dugaan yang diterima dan dihadapi oleh kita atau orang lain juga. 

HIKMAH [حكمه]

Kebijaksanaan daripada Allah, kecerdikan, rahmat, faedah, kebaikkan, manfaat, fadilat, keuntungan.

Mencari hikmat seperti satu vitamin atau ubatan. Satu usaha untuk menguatkan atau memulihkan diri saripada dalaman setelah lmelalui pelbagai dan bermacam hal di luar jangkaan kita. Itulsh ujian, itulah dugaan dan itulah musibah. Bila semua ini datang tiba-tiba  diluar sepengetahuannya kita maka kebiasaannya hati dan fikiran memerlukan banyak waktu dan ruang untuk menghadam dengan sebaik-baiknya dan bangkit mencari hikmahnya.

MENCARI HIKMAH

Apapbila seseorang itu sedaya upaya mencari hikmah itu bererti dia sedang mengajar diri untuk tabah, sabar, redha dan tawakal kepada-NYA. Tidak mudah mencari hikmah setelah banyak perkara terjadi. Atau setelah pelbagai dugaan yang dilalui kerana dalam diri kita ada nafsu yang mampu menghasut. Ada banyak bisikan-bisikan yang memerangkap untuk kita tidak mencari hikmah sebaliknya mencari kekusutan dan menyakitkan diri sendiri juga orang lain.

Bersangka baik itu tidak mudah. Bersangka baik dengan Allah SWT. Bersangka baik dengan sesama insan. Susah dan berat. Apatah lagi bila kita tahu cerita disebalik cerita, kejadian disebalik kejadian dan angkara disebalik angkara. Ini pun menyumbang tergendalanya rasa mahu mencari hikmah. Semangat yang menggebu menjadi hancur dan hilang. Mencabut duri dalam daging itu sakit, ini lebih sakit dan menyesakkan rasa.

Mencari hikmat barangkali seperti mencari sebutir permata halus yang diletakkan pada seluasnya pinggir pantai yang berpasir halus ketika cuaca panas terik. Pasir juga seakan bersinar bila menyatu dek pancaran mentari. Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya menemui sebutir permata yang halus itu. Tapi yakinlah, permata tetap permata biarpun telah diselaputi debuan pasir. Ianya tidak mengubah jisimnya daripada permata bertukar menjadi pasir. Bererti, sesukar apapun kita berusaha mencari hikmah, selagi berteraskan niat yang lurus inshaAllah ianya akan kita perolehi dengan izinNYA. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
Mencari hikmah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. permata hikmat sukar dicari

    BalasPadam
  2. kadang tgh sedih tu tak dapat cari hikmat.. sebb jiwa kecamuk.. bila da tenang baru nampak hikmah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama