HIDUP TIDAK HANYA HIDUP

HIDUP TIDAK HANYA HIDUP | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Tuhan yang mengizini kita hidup. Malahan saling berdampingan. Setakat ini sekadar mana tahap rasa bersyukur kita kepadaNYA. Cuma diri kita sendiri yang tahu. Bersyukurkah kita atau kufurkah kita. mana satu yang lebih berat dan mana satu yang kita pandang serius.

Sebenarnya hidup ini bukan satu pelarian tapi satu perjuangan. Kalau asyik berlari satu detik akan tetap merasa lelahnya. Namun andai diperjuangkan ianya akan menjadikan kita bertambah kuat mengharungi hari mendatang. Boleh jadi hari ini kita dah rasa berat sangat ujjian daripada Allah swt. Ke depannya kita tidak tahu lagi, boleh jadi lebih berganda beratnya untuk kita tanggung. Tapi, Tuhan tidak uji luar daripada batas kemampuan hamba-hambaNYA.

Hidup juga tidak hanya menanti badai berlalu pergi tetapi sejauh mana kita mampu terus menari ditengah hujan yang paling deras. Ini sangat penting. Di tambah dengan situasi sekarang. Akhir zaman. Cabaran luar jangka. Cabaran datang daripada segenap sudut. Kadang sekali datang tidak daripada satu sumber tetapi bnayak sumber. Justeru itu kena mantapkan hati. Kuatkan semangat. Hakikatnya walau memang sangat tidak mudah.

HIDUP TIDAK HANYA HIDUP

Hidup tidak hanya hidup. Sesiapapun kena ada rasa ini. 

Tinta Perdu Cinta ❤
HIDUP TIDAK HANYA HIDUP 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Betul, semua orang ada misi dan peranan masing2

    BalasPadam
  2. Hidup, bukan sekadar hidup, Kita manusia hidup untuk menjadi pemimpin (khalifah) di atas muka bumi ini. Kalau hanya sekadar hidup, kera di hutan pun hidup - kata-kata prof. Hamka

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama