BERTAMBAH DAN BERKURANGNYA NIKMAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Berbalik pada diri sendiri. Banyak akibat yang kita tanggung dan akan terima berpunca daripada perbuatan daripada diri kita sendiri juga sebenarnya. Lazimnya begitu. Baik ke, buruk ke semua kesan daripada perbuatan diri sendiri.
Kalau kita rasa tak lakukan apa-apa kesalahan, tapi ada sahaja masalah atau dugaan yang datang, itu Allah swt nak uji kita. Nak tinggikan darjat kita disisiNYA. Memang tak mudah nak terima. Bukan senang nak dihadam oleh hati dan akal kita, tapi mahu tidak mahu kehidupan mesti diteruskan. Semoga dalam pada dugaan itu diberi kepada kita, rasa mahu terus taat dan tidak berhenti mahu berdoa kepadaNYA itu TIDAK diterik juga sedikit demi sedikit. Minta dijauhkan. Nauzubillah.
Bertambah dan berkurangnya nikmat. Memang daripada Allah swt. Memang!. Tapi cuba semak diri kita sendiri juga dahulu. Ambil dan cari masa. Tenangkan diri betul-betul. Tanya pada diri sendiri. Kemudian tanya dengan orang lain yang boleh kita percayai. Kadang pendapat orang walau sakit dihati dan pendengaran kita, boleh jadi itu boleh buat kita berubah menjadi manusia yang lebih baik.
Perbuatan kita, tutur kata kita, mempengaruhi kehidupan kita seharian. Sungguh. Kadang sedikit kebaikkan yang kita lakukan tapi Allah swt balas nikmat daripada kebaikkan itu luar jangkaan kita. Kadang kita macam uat sedikit sahaja kesalahan dan kecil sahaja khilaf yang dilakukan tapi nikmat yang ditarik tak sanggup untuk diterima. Nampak tak. Sedar tak.
PC yakin, apa sahaja perbuatan kita ada dampaknya. Boleh jadi bertambah dan berkurangnya nikmat. Tak kisahlah dari segi rezeki, rasa tenang, kebahagiaan dan apa pun itu yang sangat sebati dengan kehidupan kita seharian. Diri kita sendiri boleh merasai perubahan itu sama ada bertambah atau berkurangnya nikmat. Mungkin mulut kita boleh berbohong tapi tidak hati kita.
Bertambah nikmat jangan lupa bersyukur. Berkurangnya nikmat jangan salahkan Tuhan. Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
BERTAMBAH DAN BERKURANGNYA NIKMAT
Tags:
Santai
Setuju PC..
BalasPadamnikmat Allah melimpah ruah bersyukur n reda
BalasPadam