OTAK DAN BERAKAL

OTAK DAN BERAKAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt.NIKMAT yang luar biasa. Salah satunya otak yang berakal. Proses maklumat. membezakan baik dan buruk. Betul dan salah. Dosa ke pahala. Nanti akan bekerjasama dengan iman yang letaknya dihati. Kita istimewa. Allah swt hadiah dan pinjamkan otak yang berakal. Alhamdulillah sangat-sangat. Berbeza dengan makhluk lain. Jadi janganlah sia-siakan. Jangan malukan diri sendiri.

KALAU PADA LISAN DILETAKKAN SEPERTI FUNGSINYA OTAK YANG BERAKAL IN SYA ALLAH SELAMAT

Otak dan berakal. Susah mengemudi akal agar sentiasa waras dan sihat. Apatah lagi zaman sekarang manusia akhir zaman semakin kreatif dan paling ngeri semakin berani. Sungguh. Nekadnya lain macam. Tawakalnnya kadang tak boleh diikut. Menyeramkan. Berisiko sangat-sangat.

OTAK DAN BERAKAL

Kalau dah memang beri kita sedikit keistimewaan ini untuk menaikkan darjat kita berbanding makhluk lain di muka bumi yang indah ni, mengapa tidak kita gunakan sebaik-baiknya. Fungsikan sehabis baik agar menjadi manusia yang lebih berakhlak dan bertamadun. Jangan hidup di zaman serba moden dan canggih manggih tetapi berperangai yang tidak-tidak. Jangan buang masa.

beri idea yang baik dan bernas untuk kebaikkan bersama. Sesuai dengan bidang masing-masing. Ikut kemampuan dan kepakaran serta bakat masing-masing. Oleh menjadi sesuatu yang memberi kesan baik untuk ramai orang. Kalau apa yang kita keluarkan daripada idea yang baik itu boleh dimanfaatkan oleh selain manusia, pun mengapa tidak. Teruskan dan kembangkan.

Jangan berotak tidak berakal dengan sengaja dalam keadaan waras. Percayalah ianya memberi kesan yang pedih kepada orang lain termasuklah makhluk lain juga. Akan menambah korban. Manusia yang diberi otak kemudian akalnya digunakan untuk mencari seribu satu kebaikkan, ianya seperti sebiji mentol yang kecil, walau cahayanya sedikit tetap sahaja menerangi sekitarnya yang malap dan gelap.

Tinta Perdu Cinta ❤
OTAK DAN BERAKAL 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ada orang, ada otak tapi tak berakal, dan ada juga yang berakal tapi tak guna otak huhuhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama