MALAS JUMPA MALAS BERSOSIAL

MALAS JUMPA MALAS BERSOSIAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MALAS. Malas. Malas. Mesti tertanya-tanyakan. Tapi sebelum itu, terima kasih ya Allah atas izinMU untuk hari ini PC masih lagi dapat berkongsi sesutu diblog picisan ini. Allahu. Seoga semua shabat-sahabat blogger berada dalam kesihatan yang baik dan lancar segala urusan. Aamiin.

Okey marilah kita sambung dan berbalik semula ke tajuk. Bila kita kenal seseorang itu dengan baik walaupun tidak akrab atau tidak rapat, namun tina-tiba kita dapat rasakan perubahan yang brlaku kepada dirinya tentu sahaja ada sebabnya. Mungkin ada orang perasan akan hal ini dan mungkin juga ada yang tidak cakna pun. Tak apa. Tak jadi masalah pun.

Jujur PC alami sendiri dan PC tahu juga kawan-kawan PC ada alami hal ini kerana mereka berkongsi rasa dengan PC. Mereka bercerita dan PC sedar bahawa ''tidak cuma aku sahaja yang rasa''. Malas jumpa malas bersosial. 'Rasa rendah diri' dan malas mahu mendengar kata-kata orang. Ini sahaja kuncinya yang sebenar.

Tidak semua orang berasa selesa. Mungkin awalnya selesa dan biasa-biasa sahaja. Atau mungkin pada awalnya tidak selesa tapi paksa untuk jadi selesa. Namun kita manusia biasa lama-kelamaan hati muntah untuk menerima lisan orang. Telinga panas dan pedih mendengar pertanyaan. Akal tidak mampu lagi proses anggapan-anggapan orang. Betul juga kalau ada yang kata, jangan peduli dengan kata-kata orang. Tapi berapa lama kita mampu lakukan begitu. 

Orang sekeliling tidak kiralah siapa pun itu. Adik beradik, saudara mara, jiran tetangga atau kawan-kawan. PC juga kena letakkan diri PC sebagai orang sekitar bila memandang orang lainkan.. maka mesti menjaga lisan ketika mahu bertanya akan sesuatu hal lebih-lebih lagi menyentuh urusan peribadi. 

MALAS JUMPA MALAS BERSOSIAL

Jangan samakan semua orang. Jangan berkesimpulan kita mesti sentiasa dan perlu 'terbuka'. Setiap orang ada cara dan pendekatan masing-masing yang tidak sama. Ada orang santai sahaja menjawab segal persoalan dalam dan luar kain. Sehinggakan orang tidak bertanya pun dia sendiri bercerita dengan mudahnya. Namun begitu ada yang tidak menggemari cara begitu. Urusan dalam kain itu dalam kain. Luar kain itu luar kain. 

Jadi malas jumpa malas bersosial mahu tidak mahu orang sekeliling pun turut menyumbang rasa rendah diri, rimas, bosan dan rasa terganggu kepada segelintir kita. PC lalui fasa-fasa ini. Tidak mudah ya. Berat dalaman untuk menanggung. Sehingga sekarang masih lagi belajar untuk 'malas' juga tapi malas yang lain iaitu malas ambil pusing. Hahahaha. Tapi boleh bayangkan tak kalau ada yang memilih menyendiri dan mengasingkan diri. Allahu. Kesiankan. Jadi, kalau tuan punya diri ada had untuk bercerita, awak, awak dan ya awak tu kena hadkan jugalah soalan-soalan dan lisan yang kadang entah apa-apa. 

Tinta Perdu Cinta ❤
 MALAS JUMPA MALAS BERSOSIAL

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kadang Kak Sue pun ada rasa malas macam nie jugak PC..

    BalasPadam
  2. salahsatu sb ciknur buat blog
    sb tak pandai nk bersosial
    bercerita. kadang serikk jga sb manusia hati tak sama lain bicara dan lain pula dibelakang kita.
    kwn baik pun tiada he hee
    jdi luah kat blog tulis dan kongsi ap2 cerita

    BalasPadam
  3. kadang tengah penat nak bercakap, orang tanya2 soalan peribadi, serabut perut hehe

    BalasPadam
  4. bersosial perlu memesrakan jalinan ukhuwah tapi ikut kesuaian masa juga

    BalasPadam
  5. Saya pun ada malas macam tu jugak kak. Malas ambil pusing tu baru belajar. Malas nak banyak fikir. huhu...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama