ASYIK PERTIKAIKAN ORANG SAMPAI LUPA KURANG DIRI SENDIRI

ASYIK PERTIKAIKAN ORANG SAMPAI LUPA KURANG DIRI SENDIRI |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PERNAH KENA pada diri sendiri dan pernah tengok orang lain kena juga. Nak senyum ke nak nangis. Ke nak marah. kalau ditanya jawapannya semua rasa ada bercampur aduk tak tentu hala. Serabut jadinya.

Sebenarnyakan, bila kita asyik pertikaikan orang memang syok. Rasa puas gitu, tapi cuba letak diri tu yang kena pertikai je. Haaaaa, baharulah ko rasa sakitnya hati macam nak bagi tendangan tanpa bayang pun ada. Hahahaha. kalau kita sedar diri dan ingat diri sendiri pun tak sempurna, mesti tak ada sikap suka pertikai orang lain. Serius. Kalau ada niat pun mesti terbantut sebab sedar dirikan, 'eh aku pun ada salah.. kalau hari ini atau sebelum ni aku tak buat salah, tak mustahil masa akan datang aku buat salah'. Ha gitu. Sayangnya tak semua ada kesedaran begitu oi.

ASYIK PERTIKAIKAN ORANG SAMPAI LUPA KURANG DIRI SENDIRI

Asyik pertikaikan orang sampai lupa kurang diri sendiri. Sebenarnya macam ko ada aib tapi ko lupa ko tu ada aib. Syok buka aib orang. Syok canang sana sini. Macam tulah. Susah berada dalam situasi begini. Berada dalam zon yang beracun. Tambahan sekarang rancak sana sini mudah sebar menggunakan media sosial, lagilah beranak pinak semuanya dengan kadar paling pantas dan tangkas.

Pertikai kerana faktanya begitu. Pertikai kerana ada rasa iri hati, cemburu dan dengaki. Pertikai kerana ikut-ikut orang lain pertikai. Ada banyak alasan pertikai. Paling penting kena jelas sebab sampai tegang urat pertikai tu. Yakin sangat-sangat dalam hidup awak tak ada satu hal pun orang lain boleh pertikai ya. 

Tolong ingat, di dunia mungkin orang tak pertikai. Tapi di akhirat belum tentu lagi. Akan ada banyak soalan nanti yang jawapannya telah terlebih dahulu ada jawapan yang paling benar dan tepat sekali. Cuba ingat-ingat kurang diri sendiri. Cuba je. Mana tahu boleh ubah diri secara semulajadikan. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta
ASYIK PERTIKAIKAN ORANG SAMPAI LUPA KURANG DIRI SENDIRI 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Teringat pula kisah seorang artis perempuan menegur seseorang yang terlalu daring, dia punya pertikai tentang artis perempuan tu, macam dia lupa yang Allah tu ada.

    BalasPadam
  2. smoga kita semua dapat memperbaiki diri sndiri.. amin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama