BUKAN KERANA ADA BANYAK MASA

BUKAN KERANA ADA BANYAK MASA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEMUA orang sama. Allah beri masa 24 jam 7 hari seminggu, cuma pembahagian masa setiap orang berbeza dan pengisian setiap hari juga tak sama setiap daripada kita. PC rasa itu sahaja bezanya. Ada orang sibuk sepanjang hari. Ada yang santai sepanjang hari. Ada yang seimbang.

Tak kisahlah macam mana pengurusan waktu dan hari yang dipinjamkan asalkan jangan lupa bersyukur dan tidak disia-siakan. Rugi nanti. Takut bila kita sia-siakan eh nikmatnya Allah ambil semula. Haa.

''Ko tak pelah tak kerja banyak masa.'' 
''Ko memang ada banyak masa percuma ya sebab tu boleh telefon, whatsapp.''

PC selalu dengar kena pada orang lain dan pernah kena pada PC juga. Dan anehnya bila nanti dah lama tak bertanya khabar baik bertegur sapa di media sosial akan di cop sombong la pulak. Aduh. Hahahaha. Ada lucunya dan ada sedihnya. 

Lucu sebab manusia kadang aneh pemikirannya. Sedih kerana manusia susah mahu berterima kasih dan menghargai orang lain.  Satu sahaja, bila ada kawan-kawan, saudara mara yang rajin bertanya khabar ataudatang ziarah kita, bukan kerana ada banyak masa, tidak!. Tapi dia sedang berusaha menjadi manusia lebih baik yang sedaya upaya mahu menjaga silaturahim dan belajar menghargai orang lain dalam setiap waktunya. Bukan nampak orang lain waktu dia susah je. 

Bersyukurlah kalau ada orang sesekali sudi tanya khabar, mahu bersembang walau melalui media sosial dan sebagainya. Semuanya memerlukan modal. Masa, tenaga, bayar bil. Hargailah. Tidak semua orang pandai hargai orang lain, lainlah kalau orang itu sangat keterlaluan baharulah boleh protes.

Tidak dinafikan, jarang berhubung boleh jadi disebabkan kesibukkan dan kepadatan jadual tugas dan kerja masing-masing, namun celahkan sedikit hak orang lain juga lebih-lebih lagi kepada ibu bapa, adik beradik, saudara mara. Hak waktu.

Tinta Perdu Cinta ❤
BUKAN KERANA ADA BANYAK MASA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul sgt kata2 pc
    24 jam semua sama.tp lain org lain pengisiannya jd sb itu berbeza
    masa itu kan emas

    BalasPadam
  2. dia yang jadi masalah bila ada orang gunakan masanya untuk bergosip atau bercakap perkara tak berfaedah. orang macam tu kita memang rasa nak tanya "banyak pulak masa awak ye?".haha

    BalasPadam
  3. ada manusia yg susah sngt nk berterima kasih atas apa yg mereka dapat.. smoag kita smua dihindari dri penyakit begini..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama