HUJAN MEMBERI RASA BERBEZA

HUJAN MEMBERI RASA BERBEZA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. HUJAN membawa pelbagai rasa ke sekalian alam. Setiap kali hujan mesti kita berdoa semoga hujan ini hujan yang memberi dan membawa manfaat sebaik-baiknya. Sehingga jam ini hujan masih lagi turun. Sedang-sedang, tidak lebat dan tidak juga perlahan. Kadang tu ada iramanya. Berpadu juga dengan angin yang berhembus juga kadang berirama.

Dulu masa kecil PC suka tunggu hujan. Bila nampak langit gelap je, sedia kertas banyak-banyak buat sampan kertas. Masa tu mama babah pun kena kerah buat sampan paling besar sampai paling kecil. Sebab nanti bila hujan turun lebat nak hanyutkan sampan dalam parit. Dalam tempayan dan tepi teritisan rumah. Bukan cuma PC, tapi kawan-kawan pun sama. Hehehe. Bila mama tengok PC pakai la payung. Bila agak-agak mama masuk rumah sekejap haaa mainlah hujan. Masuk rumah basah bila mama tanya cakap payung bocor. Memang nampak la ko membohongnya. Dosa je.

HUJAN MEMBERI RASA BERBEZA

Itu dulu. Eh, sebenarnya sampai sekarang pun bila balik kampung ada hujan je.. haaaaa. Inilah masanya. Kihkihkih. Kadang masa tulah nak bagi ayam makan. Masa tulah nak ambil daun tu daun ni. Padahal nak main hujan. Hujan memberi rasa yang berbeza. Ini kenyataan. Ada orang bila dengar dan tahu hujan nak turun je ada satu rasa takut atau fobia pada dirinya. Ada orang rasa bahagia dan seronok sangat-sangat. Tidak mustahil ada yang sentiasa berdoa agar hujan turun. Dan ada juga yang berdoa agar janganlah hujan turun.

Hujan itu juga rezeki. Di sisi lain hujan juga dianggap punca masalah atau musibah. Bencana alam. Benarkah?. Atau sebenarnya hujan adalah perantara daripada Allah untuk menguji manusia dan makhluk di alam ini. Setiap apa yang terjadi terkadang berpunca daripada tangan-tangan manusia juga. Masing-masing ada penilaian tersendiri.

Jangan mengeluh. Tapi bagi PC mengeluh itu bukan kerana tidak bersyukur. Bukan kerana tidak bersangka baik dengan Allah. Bukan juga kerana marah kepada Allah atas setiap ujian. Mengeluh ni macam kita keluarkan  beban rasa yang ditanggung. Dihati dan pada fikiran. Melepaskan hela nafas yang berat itu kalau dianggap mengeluh agak kurang ngam jugalah bagi pendapat PC. Macam rasa nak berak, kentut berbelas kali pun selagi tak berak selagi itulah perut rasa tak selesa. Berak tu tak salahkan. Ha gitulah juga bila ada yang berasa risau bila hujan turun tanpa henti dalam tempoh yang lama dan panjang.

Tinta Perdu Cinta ❤
HUJAN MEMBERI RASA BERBEZA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Zaman kanak2 ujan memang ditunggu ,besttnya time tu masih dpt mandi ujan ha haa
    siap panggil geng jiran sebaya.

    BalasPadam
  2. memalam tido pun sejuk je skrg ni ahhaha
    Hujan , mendung sampai bulan Ogos kan klu tak silap..

    BalasPadam
  3. masa kanak2 suka la main hujan.... bila dah tua ni x suka hujan sbb takut banjir...

    BalasPadam
  4. Kak Sue sejak dah remaja purba nie memang kalah dengan hujan.. mesti rasa nak demam kalau cuaca sejuk je..

    BalasPadam
  5. Betul. Masa kecik suka hujan turun sebab dapat mandi hujan. Sekarang bila hujan, jiwa gelisah macam-macam fikir lagi-lagi banjir.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama