JANGAN GENTAR DENGAN MUSUH TAPI BERHATI-HATI DENGAN SAHABAT

JANGAN GENTAR DENGAN MUSUH TAPI BERHATI-HATI DENGAN SAHABAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PULAK DAH *tepuk dahi urut dada*. Sebelum tu PC dapat berkongsi artikel hari ini semua dengan izin Allah. Sahabat-sahabat blogger yang dapat baca dan singgah diblog PC pun semua dengan izin Allah. Terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat semua. Setiap kebaikkan pasti balasannya kebaikkan daripada Allah. Aamiin. PC hargai semua. 

Jomlah PC sambung sebagaimana tajuk yang panjang berjela tu kan.. jangan gentar dengan musuh tapi berhati-hati dengan sahabat. Tajuk bukan main tapi huraian belum tentu ni. Macam biasa, dalam bloh PC ni 99.9 peratus sebenarnya banyak pengalaman dan pendapat peribadi. Sebab tu jugalah blog PC ni macam kura-kura. Ke siput segenap sudutnya. Tak apalah. Alhamdulillah.

Jangan gentar dengan musuh, kenapa?. Sebab memang kita dah tahu dia tu musuh kita. Memang sudah jelas sangat dia tu musuh kita. Musuh kita tu siapa. Itu cuma masing-masing yang tahu. Baik musuh nyata atau musuh tidak nyata. Bila musuh kita bertindak, kita tak terkejut sebab memang kita tahu dia tu musuh yang memusuhi kita. Kita rasa sakit angkara musuh tapi sakit yang dah tahu oh perbuatan dia. Begitulah diibaratkan. Ada rasa terkilan dan sedih tapi akan lebih cepat terawat dan terpujuk.

Selesai satu bab, jangan gentar dengan musuh kerana dengan izin Allah, musuh ni boleh jadi perantara. Boleh jadikan kita lebih kuat semangat, lebih maju dan berjaya. Lebih berhati-hati dalam banyak keadaan dan musuh juga boleh jadi kawan baik. Sahabat sampai mati, jangan pelik kerana hati kita ni Allah swt yang jaga.

Tapikan.. tapikan.. apa yang paling penting berhati-hati dengan sahabat. Orang kita ni bila baik sikit, akrab sikit, mesra sikit terus lompat. Terus jadi sahabat. Langkau kawan tu. Biasa kawan dulu, baharulah sahabat. Ni tidak, eh terus lompat jadi sahabat. Bagus. Bukan tidak bagus. Boleh saja. Menjalin dan membina ukhuwah itu sangat disukai Nabi Muhammad saw. Kita ummat, ikut apa yang Nabi ajarkan. MasyaAllah. Kemudian kenapa mesti berhati-hati pula dengan sahabat?

JANGAN GENTAR DENGAN MUSUH TAPI BERHATI-HATI DENGAN SAHABAT

Tidak semua sahabat itu tidak baik. Ada yang sangat baik, ikhlas dan jujur bersahabat dengan sesiapa pun. Untung siapa yang direzekikan sahabat yang ingat mati itu pasti, balasan syurga dan neraka itu ada dan sedar diri apa dia buat ada balasannya serta tidak terlepas daripada pandangan Allah. Tapi, sahabat boleh bertukar menjadi api dalam sekam. Gunting dalam lipatan. Talam dua muka. Endau dalam belukar yang cuba lepaskan pucuk masing-masing. Ada juga yang lempar batu sembunyi tangan. 

Ada jugakan yang menyakiti dan berselindung dibalik hubungan persahabatan. Kita tak terfikir pun, jauh daripada sangkaan dan andaian. Bukan cuma dalam drama-drama je dialog, ''aku tak sangka kau rupanya yang khianati aku, selama ini kita bersahabat.. aku anggap kau sahabat aku''. Haaa gitu. Masalah kita anggap sahabat, yang kita angaap sahabat tu anggap tak kita ni sahabat dia. Aduh!. Sakit, kecewa dan dendam dikenakan oleh sahabat itu lebih parah dan dalam. Sejauh mana kita percaya dengan qada qadar dan rezeki daripada Allah, tidak lari dan tidak dinafikan kita manusia biasa.

Jadi, berhati-hatilah ya. Boleh jadi hari ini yang sentiasa berada disisi kita, yang tidak pernah berkira menghulur tangan disaat kita tersungkur dan selalu ada disaat kita bersedih, rupa-rupanya dia yang juga selama ini menjadi punca kita jatuh terduduk, tidak berhenti mengalirkan air mata dan berasa pedih merintis.

Jaga diri semua.

Tinta Perdu Cinta ❤
JANGAN GENTAR DENGAN MUSUH TAPI BERHATI-HATI DENGAN SAHABAT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. bukan setakad sahabat PC,malahan di kalangan saudara mara sendiri juga ada yang tergelincir mengkhianati kepercayaan..ini lah resam dunia yang fana :(

    BalasPadam
  2. Penjelasan PC yg sungguh bermakna sekali,tapi saya tak punya sahabat mahupun musuh,bagi saya musuh dan sahabat dua golongan yg berbeza,musuh memang terang2 bahaya,sahabat pula kadang2 jadi musuh dlm selimut,setuju tak PC?

    BalasPadam
  3. Benda macam ni dah banyak berlaku. Mungkin baiknya bersebab. Ibarat macam gunting dalam lipatan. Kena hati hati tak boleh nak mudah sangat baik dengan orang.

    BalasPadam
  4. Betul tu PC.. apa-apa pun biar lah bersederhana dalam berkawan nie kan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama