KENAPA SUSAH SANGAT NAK BAWA BEG KECIL

KENAPA SUSAH SANGAT NAK BAWA BEG KECIL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MASALAH untuk PC daripada dulu sampailah sekarang. Macam susah nak diubah. Atau sebenarnya memang susah nak berubah. Bila nak ke mana-mana dan lebih sehari. Lebih-lebih lagi bila nak balik kampung. In sya Allah ada perancangan nak balik kampung ni. Hati girang. Kalau tak ada perubahanlah. PC dan en suami merancang selebihnya serah pada perancangan Allah untuk kami. kadang rancang nak balik bulan dua, eh bulan satu dah balik sampai kampung. Tu yang kadang menjerit mama babah, mak abah. Hahahaha. Anaknya alih-alih muncul je bagi salam dempan pintu.

Bila nak ke mana-mana. Bila nak balik kampung. Pertama sekali bahagian PC memang kemas pakaian. kami agih tugas. En suami ada bahagian dia, dan PC kena settlekan bahagian PC. Nak kemas baju susun molek dalam beg memang malas, tapi bila dah mula kemas semangat dan merasuk memang macam nak pindah gayanya.

Biasa yang beg beranak pinak ni kalau pergi luar negara, tak pun pergi tanah suci mekah. Sebab berbelanja lebih untuk sanak saudara atau untuk sendiri jugakan. Ni setakat nak balik kampung pun beg beranak pinak apa kes. Lagi-lagi kalau musim hujan, lagi la PC cuak. Bukan kat kampung tak ada baju yang ditinggalkan. Ada je. Tapi entah susah nak jelaskan macam mana. Bagi PC baik bawa baju lebih daripada kurang. Kalau kurang pening juga. Bila lebih ni tinggal sarung je sebab bila dah sampai kampung ni kadang banyak pergi ke mana-mana tanpa dirancang. Cuma sejak COVID19 ni sangat kuranglah. Bila balik kampung lepak santai kat rumah je.

KENAPA SUSAH SANGAT NAK BAWA BEG KECIL
Kembali kepada persoalan. Kenapa susah sangat nak bawa beg kecil. Kadang macam sampai naik rongak-rongak almari. Hahahaha. Sampai boncet beg baju. Kadang siap kena perli dengan sepupu-sepupu kat kampung.. kak Jua ni tak nak masukkan almari dalam beg ke. Kuangasam betul. Tunggu bila ko kawin nanti. Siap ko ya. Hahahaha. Macam PC jelaskan, baik lebih daripada kurang, lagi kalau musim hujan. Tak termasuk bila ada urusan dikampung, dua hari sekali baru basuh kain baju. Tapi yang ni jarang sangat la. Hari-hari sebolehnya basuh pakaian kotor. kalau malam pun malamlah PC basug pakaian kotor. 

Memang ada orang boleh bawa pakaian dan keperluan paling minimun bila ke mana-mana. PC jeles tengok. Walau kadang berhari-hari ke mana-mana. Backpack travel nya comel je. Kalau PC mesti nangis. Risau kenapa beg aku kecik dan secoet sangat. Hahaha. Besar atau kecil beg, paling penting segala keperluan dibawa bersama. Letak dalam satu tempat supaya mudah nak dicari dan digunakan. banyak yang dibawa kalau memang semua perlu dan penting ok sahaja. Tapi kalau entah apa-apa. Rugi ruang kerana boleh diisi dengan keperluan yang lain.

Tinta perdu Cinta ❤
KENAPA SUSAH SANGAT NAK BAWA BEG KECIL  


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kekekeke masaalahnya memang susah nak bawa bag kecil kak.. ada je nak di sumbatnya hahahaha

    BalasPadam
  2. Uncle paling malas kemas beg! hahaha

    BalasPadam
  3. saya sama macam uncle gedek, tapi bila dah jadi mak ni, memang nak tak nak kena kemas beg, dahlah letih mengemas beg ni..haha

    BalasPadam
  4. Kalau boleh nak bawa beg kecil je tapi tak boleh. Ada je nak dibawa. Beg besar lah jadi pilihan. Beranak pinak pun ye.

    BalasPadam
  5. mcm2 nk bawa jd tkleh beg kecil kan hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama