SUSAH NAK TOLAK PETAI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SALAH satu ulaman yang susah PC nak tolak. Petai. memang berbau. makan mulut berbau, nanti kencing bilik air berbau. Buang air besar baunya petai, apa lagi.. pendek kata bila makan petai memang risiko bau yang kurang sedap itu tersangatlah tinggi. Ada juga yang beri petua, kalau nak hilangkan bau petai rebus dulu sekejap. Ada bau tapi kuranglah. Tapi bagi PC macam kurang ummpah. Sebab kalau masak sambal udang petai ke, mesti petainya masukkan kemudian dan cepat-cepat matikan apinya.
Mudahnya, baik keluarga PC ke, keluarga belah suami ke memang suka petai cuma ada beberapa orang dalam keluarga yang tolak terus. Oleh kerana minoriti makan majorit la yang akan menang dengan petai-petainya gitu. Ada yang kata petai punca angin. Ada juga yang kata petai elok untuk kesihatan. kalau tak suka akan banyak alasan. Kalau suka akan banyak fakta-fakta juga yang keluar. Bagi PC mudahnya, makan secara sederhana sahaja kerana badan kita ni penerimaannya tak sama. Ada orang boleh makan petai banyak. Ada orang bau je dah muntah-muntah.
Ada masa dan musimnya juga. Dah lama juga kami tak makan petai. Sekali kawan encik suami dia ada dapat stok petai yang banayak dan dapatlah dijual, encik suami pun apa lagi, buatlah pesanan dengan kawannya. Yahooo. Tapi sebelum-sebelum ni pun encik suami selalu pesan dengan kawan dia, kalau ada petai bagitahu. In sya Allah nak beli. Jadi kawannya pun sedia maklum, setiap kali ada bekalan petai sampai mmesti maklumkan encik suami.
Rasa bahagia. Petai je pun, pun rasa bahagia. Eh kita manusia kan memang macam tu. Bila apa yang kita nak, dapat, dia punya rasa bahagia tu lain macam. Tak gitu. Ke PC je rasa macam tu. Rasa macam puas hati sangat-sangat. Bersyukur sangat-sangat juga. Dua tiga hari lepas encik suami beli udang. PC pun cakaplah, 'sedap ni kalau ada petai, boleh buat sambal udang petai'.. hehehe. ALLAH SANGAT BAIK. Masalahnya sekarang, petai ni sempat tak nak dikahwinkan dengan usang dalam sambal nanti.
Kadang belum ada niatnya, nak nya lain. Bila dah ada depan mata eh lain pulak la jadinya. Aduh. PC la tu. Parah. Sikap yang tidak elok dicintohi macam ni. Menikmati rezeki dengan rasa syukur nikmatnya lebih. Bersyukur PC sebab encik suami suka petai juga. Itu pun nikmat. Kalau PC suka petai, encik suami tak suka atau tak makan lamgsung, beli cuma untuk PC, rasanya lebih baik PC pun tak makanlah. Tapi ada kawan makan, sama-sama antuuu petai, makan pun hati girang fikirang lapang. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta ❤
SUSAH NAK TOLAK PETAI
Tags:
Santai Peribadi
Memang susah nak tolak. Ada sambal udang campur petai atau sambal petai, risau bertambah nasi. Hehe...
BalasPadamMasa singgah kedai semalam, nampak petai dah siap kopek, geram jer menengoknya, tapi kenangkan nanti bertambah2 nasi, tak jadi nak capai, hihi.
BalasPadamBetul, seronok dan syukurnya lain macam bila dapat apa yang dihajati :)
BalasPadamhehhee kita x makan petai, wak ehhehe!
BalasPadamBuat sambal dgn ikan biliss adussss memang x tolak he hew
BalasPadamdulu2 akak suka mkn yg bakar, arwah mak selalu buat
petaii laku keras kat kebun aduhaiii tak.sempat nk tua org samun dulu
Petai pun mahal dah sekarang. Fikir 2 3 kali jugak nak membeli.
BalasPadamUiii rugi kalau tolak makan petai ni Kakkk hahahahaha
BalasPadamsama la pc, peminat petai tegar jugak ni. walaupun lately jadi mcm gatal tekak kalau makan petai, tapi tetap mkn, sakit no 2. kalau dapat petai memang makan bertambah-tambah, mertua lalu belakang pon dah tak hirau
BalasPadam