RASA LETIH ATAU PENAT YANG BERBEZA

RASA LETIH ATAU PENAT YANG BERBEZA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. DAYA TAHAN TUBUH SESEORANG ITU berbeza-beza. Jangan dibanding-bandingkan dan jangan protes kalau ada dengar keluhan atau rintihan daripada orang lain mengatakan tubuhnya sakit atau rasa penat ketika itu.

Kerana

Rasa letih atau penat yang berbeza. Selain jenis aktiviti yang berbeza menentukan tahap letih atau penatnya tubuh seseorang itu, daya tubuh seseorang yang berbeza-beza juga menjadi ukurannya. Tak kiralah muda, tua, remaja atau bayi sekalipun. Ada rasa letih atau penat pada tubuh. Badan kita ni tak bohong. 

Jangan anggap buat kerja sikit tak rasa letih atau penat. Kadang buat kerja sikit dan mudah sahaja badan boleh berasa letih  atau penat sangat-sangat. Jadi jangan anggap orang tu main-main atau mengada-ngada bila dia cakap letih atau penat sangat. Ya, memang ada orang tahan banting badannya. Buat kerja macam untuk dua tiga orang tapi dia buat dan urusakan sendiri. Itu kemampuan dia. Alhamdulillah. 

RASA LETIH ATAU PENAT YANG BERBEZA

Memang ada orang yang mungkin suka ambil kesempatan, tak letih atau penat tapi kata letih dan penat sangat. Kalau dia berbohong itu hak dia, antara diri dia dengan Allah yang tahu. Semoga satu masa dia berubah jangan berbohong takut nanti memang betul-betul asyik rasa letih atau penat sahaja. Bahaya jugakan.

Kalau rasa letih atau penat, rehatlah. Beri peluang badan rehat.Kesian juga pada badan sendiri. Kata orang jangan dilayan sangat rasa letih atau penat, ada betulnya juga, tapi kena tengok keadaan juga. Sebab kadang bila dipaksa dan dikuat-kuatkan hujungnya berakhir dengan maut. Memang mati itu pasti, memang apa pun caranya tetap kembali kita semua kepadaNYA, namun Allah jugakan suruh usaha. Kalau letih atau penat usahnya rehatkan badan dulu.

Tinta Perdu Cinta ❤
RASA LETIH ATAU PENAT YANG BERBEZA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul. kita selalu ada rasa letih tapi paksa juga diri utk bekerja sedangkan Allah SWT sndiri telah ciptakan malam untuk kita istirehat

    BalasPadam
  2. Letih dan penat, dua2 penat.. tapi kadang kalau tak buat apa (bohong kata penat) lagilah penat.

    BalasPadam
  3. badan ada hak istirehat juga kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama