BANYAK KANOPI DAN KHEMAH PUTIH TELAH DIDIRIKAN

BANYAK KANOPI DAN KHEMAH PUTIH TELAH DIDIRIKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SANGAT berbeza dengan dua tahun lepas. Memanglah itu semua orang tahu.. apalah PC ni ek.. dah tahu buat-buat tak tahu. Maaf.. maaf. Tahun ini macam tahun permulaan. Tahun pertama masing-masing mula bangkit dan bertatih kembali walau mungkin ada yang sudah berlari pecut.

Seronok ada. Bahagia ada. Risau pun ada. Macam risau pulak yang lebih peratusnya kalau PC ni. Dah kenapa. Banyak kanopi dan khemah putih telah didirikan. Bererti itu semua menjadi kawasan perniagaan ketika Ramadan nanti in sya Allah. Kalau tengok ada kanopi dan khemah putih tu maknanya itu adalah tapak bazar Ramadan. Dah boleh bayang luas, ramai dan kemeriahannya oi. Alhamdulillah.

Bila pusing-pusing waktu petang dengan encik suami, rasa bersyukur sangat. Tapi tulah memang kebiasaan tengok je tapi tak tangkap gambar pun. Bila dah sampai rumah baharulah terhegeh-hegeh bebel kenapa la tadi cuma tengok je tak ambil gambar seklik dua gitu. Patutlah blog awak sendu PC. Ya Allah. Entah rasa seronok sebab bayangkan ramai para peniaga yang dah boleh mencari rezeki kembali di bulan Ramadan. Kawan-kawan encik suami pun ramai yang mula nak berniaga Ramadan nanti. Merealisasikan niat yang dah lama ada dan terpaksa dilupakan seketika ketika virus COVOD19 MENYERANG negara kita.

BANYAK KANOPI DAN KHEMAH PUTIH TELAH DIDIRIKAN

Setiap orang ada cara masing-masing mencari rezeki. Untuk menyara diri sendiri, anak isteri dan keluarga. Tak kisahlah paling penting halal dan bersih caranya. Sedikit atau banyak ianya tetap sahaja rezeki yang Allah beri hasil usaha dan doa. Berniagalah kerana Allah dan sunah Rasulullah saw. Awak berniaga, pelanggan membeli. Sama-sama saling memerlukan. 

Ikhlas dan tulus serta jujur ketika bermuamalat itu adalah menjadi kunci setiap perniagaan dan apa sahaja yang kita dilakukan. Berniagalah dan dalam waktu yang sama tidak lupa untuk bersedekah itu akan membuka seluas-luasnya pintu-pintu rezeki. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
BANYAK KANOPI DAN KHEMAH PUTIH TELAH DIDIRIKAN 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah
    Pintu rezeki terbuka luas

    BalasPadam
  2. moga ramadhan ini dapat memberi , menambah rezeki pada peniaga bazar

    BalasPadam
  3. Seronoknya...dapat ke kita pergi bazaar Ramadhan lagi macam dulu- dulu...semoga para peniaga ikhlas meniaga...no more karipap oksigen, no more lauk pauk basi

    BalasPadam
  4. i really love your content, students don’t look into the companies that provide custom homework writing services. If you want to get the best custom homework help

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama